t>

Breaking News

Barang Kena Tendang, Diugut Tampar, Wanita Marahkan Pegawai Kastam (Video Inside).

Tular di laman sosial tentang satu video yang merakamkan aksi pertengkaran antara beberapa orang awam dengan seorang lelaki yang dipercayai penjawat kerajaan yang bertugas sebagai pegawai kastam.

Punca pertengkaran tidak dapat dipastikan bagaimanapun
kedengaran respon pegawai kastam tersebut yang membalas kenyataan wanita-wanita berkenaan dengan nada berbaur ugutan dan ancaman seperti;

"Aku tampar juga kang," katanya seperti dipetik dari rakaman itu.

Laporan dari Vinoth
Malahan beliau juga dipercayai telah menendang barangan yang dibawa oleh kumpulan tersebut. Namun aksi pegawai kastam yang menendang barangan tersebut tidak dirakamkan dalam video yang tular itu.


Video itu mulai viral selepas dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Vinoth Vinothavan. Beliau menulis di laman sosial; 

"Kata budi bahasa budaya kita. Nie cara pegawai kerajaan nak berbual dengan orang awam. Lagi pun dengan perempuan.  Adakah nie patut? Siap tendang barang yang dibelinya. Kalau langar undang2 saman je atau pun suruh naik mahkamah. Nie bukan cara layanan. 

Bukan perempuan ITU taknak bayar. Nak bayar, takde pula borang? Kalau da jadi pegawai berpangkat jangan berkelakuan kurang sopan. Pihak atasan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya atas pegawai tersebut. 

Kalau tidak ITU bermakna tidak adil dan saksama.Dan juga perlu diajarkan cara berbual dengan sopan Dan etika kerja.kalau da jadi pegawai kerajaan that's not mean the government in ur pockets," katanya seperti dipetik dari status Facebook. 

Wanita yang bertengkar dengan pegawai berkenaan itu juga kedengaran sangat berang dengan tingkahlaku pegawai kastam berkenaan yang disifatkannya sebagai kurang ajar.

"Saya tidak kisah, saya tidak kisah, no i tak kisah. You kastam punya orang, you kena cakap dengan baik. You sapa nak cakap saya diam. You kerja dekat sini you siapa nak cakap saya kurang ajar encik.

"Kenapa pula? You yang kena kira, bukan saya. You siapa yang nak pergi tolak saya punya barang. Apa kurang ajar, you yang kurang ajar. You tak boleh tendang saya punya barang. Saya boleh bayar. Kenapa you tendang. You kerajaan punya orang you kena cakap cara baik.  Bukan kurang ajar.

Eh you yang kurang ajar. Kalau ko berani kau tamparkan aku, ko bolehlah, kau tengoklah. Takpe you call polis saya pun nak cakap dengan polis, saya pun ada hak. 

So apa masalah kau, kenapa kau tendang saya punya barang? Kita nak bayar tapi borang, saya nak bayar.. sabar-sabar kita nak check.. kenapa you yang cakap banyak..," kata wanita-wanita dalam video berkenaan.

Rakaman video berkenaan juga telah diberikan kepada pihak kastam untuk mendapatkan respon dari pihak berkenaan. 

Tinjauan di laman sosial pula mendapati komen berbaur racist mulai dimainkan oleh pihak tertentu. Di Malaysia adalah menjadi kelaziman apabila pihak yang bertengkar atau berbeza pendapat datangnya dari dua kaum atau yang menganuti agama yang berbeza, kecenderungan untuk isu berkenaan berakhirnya dengan sentimen perkauman adalah sangat tinggi. - Sozcyili.

Video yang dimaksudkan ;