Kenapa Orang Islam Malaysia Suka Kutuk Masjid?
Oleh : Muhammad Yusof
Padahal baru je bulan Ramadan hari tu, punyalah banyak masjid anjur majlis berbuka, moreh, bersahur free. Makan pun bukan biasa-biasa, sedap-sedap pulak tu. Tapi takde pulak orang nak viralkan kata masjid bantu orang susah. Tapi bila baca kat majalah mana entah kata gereja dok bantu orang susah, terus viralkan kata gereja suka bantu orang Islam, masjid tak.
Pendek je aku nak tulis. So, hadam benda ni elok-elok.
Aku paling tak boleh terima bila netizens kata kenapa gereja banyak bantu orang fakir miskin, kenapa masjid tak?
Gereja mana yang banyak sangat bagi duit kat orang susah ni sebenarnya? Aku nak tau jugak.
Gambar - Muhammad Yusof |
Aku tengok pak imam tempat aku ni punyalah susah payah tanya sape-sape yang susah kat tempat aku. Naik kereta sana sini agih beras, bagi keperluan dapur pada orang susah. So, kalau ko tau ada keluarga susah kat tempat ko, bagitaulah AJK masjid, InsyaAllah akan ada tindakan susulan daripada depa.
Lepas tu banyak je masjid yang dah start buat sudut asnaf bagi keperluan free kepada yang memerlukan. Bagi beras, bagi roti, bagi sardin, bagi macam-macam. Yang betul-betul terdesak boleh ambil. Free je. Ada masjid yang buat free-food dan free-drink setiap jumaat. Ada yang buat makan-makan lepas majlis tahlil setiap minggu. Ada yang buat jamuan makan nasik sedap-sedap setiap kali ada program di masjid.
Hangpa yang dok salahkan institusi masjid ni tak pernah pi masjid ke sampai tak tau benda-benda simple ginih?
Yang aku pelikkan, kenapa bila berlaku je kes kecurian tabung masjid mesti netizens nak salahkan masjid. Kenapa masjid tak bagi sumbangan la, masjid kedekut la, AJK masjid songlap duit la. Kenapa ya? Semacam ada satu gerakan halus yang nak pi pelingkup institusi masjid, pusat zakat, majlis agama walaupun banyak je kebaikan yang depa dah laksanakan tanpa publisiti.
Lepas tu pencuri yang dibelasah tu jadi macam 'wira' pulak. Padahal aku tengok mamat yang curik duit masjid ni sihat walafiat je. Kalau dah terdesak sangat apa salahnya pergilah jumpa pak imam, takkan pak imam tak boleh nak bantu apa yang patut, kan?
Kalau dah kita pun tak pernah pi masjid, lepas tu pi masjid pulak pi rembat tabung masjid. Maunya orang tak marah?
Nota : Kita mesti akan marah kalau pencuri pecah rumah kita, ye tak? Aku pernah ada perasaan tu bila rumah aku kena masuk pencuri tahun lepas. Habis laptop, emas bini aku, barang-barang elektrik aku kena rembat. Rugi dekat 10k. Lepas ni kalau ditakdirkan aku jumpa pencuri tu, (kalau ikut logik pembela pencuri fb), aku akan belai dia dengan penuh kasih sayang.