Abai Tiga Beradik, Ini Penjelasan Dari Bapa Kepada Rakyat Malaysia, Jiran Buat Cerita Fitnah!
Bagaimanappun, bapa kepada kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Amran,33, berkata sebenarnya dia meninggalkan tiga anaknya itu dibawah jagaan jiran iaitu seorang suri rumah di bilik sewa mereka.
Katanya, dia dan isteri yang mengikuti kursus kerja di sebuah kilang yang terletak di Gelang Patah menjadi buntu apabila mendapati anak-anaknya tiada dirumah apabila dia tiba di rumah.
Gambar - Julian |
"Anak bongsu perempuan berusia lapan bulan pula ditinggal bersama pengasuh yang tinggal di Kampung Melayu Majidee di sini. Kami meninggalkan anak kami kerana jiran yang dianggap sebagai kakak itu dengan rela hati mahu menjaga mereka yang berusia dua hingga enam tahun," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Kata Amran lagi, jirannya ada menyatakan mahu membantu mereka kerana menyedari dia dan isteri perlu menjalani kursus selama dua hari pada 2 dan 3 Ogos sebelum memulakan kerja sebagai operator kilang elektronik.
"Isteri saya ditawarkan kerja syif pagi manakala saya syif malam mulai 4 Ogos dan kami sepatutnya tiada masalah bagi menjaga anak-anak mulai minggu ini.
"Sebelum meninggalkan bilik sewa pada jam 7 pagi, isteri saya juga sudah menyediakan bekalan makanan kepada tiga orang anak kami tetapi tidak memandikan mereka kerana terlalu awal dan tambahan pula mereka masih tidur ketika itu," katanya yang berasal dari Sabah.
Jelasnya, mereka biasa membawa anak mereka untuk makan di luar seminggu sekali namun kerana kekurangan sumber kewangan ketika ini, mereka hanya mampu memakan nasi putih bersama kicap berlaukkan telur goreng.
"Malah tidak berlaku unsur pengabaian kerana jiran mahu menjaga anak kami selain anak sulung perempuan berusia enam tahun juga bijak mengurus dirinya termasuk membersihkan adik-adiknya sekiranya ingin membuang air.
"Selama tempoh mengikuti kursus, telefon bimbit saya kehabisan kredit hingga tidak mampu menghubungi jiran bagi bertanya keadaan anak namun saya tidak sangka gambar anak ditular," katanya.
Amran berkata, dia tidak menyangka jiran yang disangka mempunyai hati yang mulia itu tergamak menganiaya keluarganya dengan menular kisah yang tidak benar.
Sementara itu, isterinya yang dikenali sebagai Siti, 21, berkata, dia berasa teraniaya dengan perbuatan tidak bertanggungjawab jirannya yang tergamak memfitnah keluarganya.
Menurutnya, dia berharap keluarganya menerima pengadilan sewajarnya dan anaknya dikembalikan dengan secepat mungkin.
"Semalam saya dibenarkan bertemu dengan anak-anak namun tidak dibenarkan untuk dibawa pulang kerana kami difahamkan pihak berkuasa mahu menjalankan siasatan.
"Biar susah macam mana sekalipun, kami tidak sanggup berpisah dengan darah daging kami. Kami makan pun tidak lalu, suami pula tidak mampu lelap mata mengenang anak," katanya.