Awas, Kalau Taknak Disaman, Jangan Hisap Rokok Di Kawasan Awam.
Sejak beberapa bulan lepas banyak post-post diterbitkan di laman sosial bagi memberikan peringatan kepada pengguna tentang bahayanya amalan merokok dan kenapa si perokok harus mencegah diri dari merokok di kawasan awam.
Peringatan itu turut hadir dengan mesej bahawanya merokok di kawasan awam akan dikenakan kompaun tertentu jika didapati bersalah.
Beberapa hari ini pula di laman sosial kecoh tentang kisah beberapa perokok yang meluahkan perasaan kerana dikenakan kompaun ketika kantoi merokok di kawasan awam.
Denda yang dikenakan bukan murah juga. Ada yang melaporkan pernah didenda sehingga 250.00 ketika ditangkap oleh penguatkuasa kerana didapati merokok di kawasan awam.
Bagaimanapun individu tersebut hanya perlu membayar separuh dari kompaun yang dikenakan selepas mendapat diskaun sebanyak 50% kerana membuat rayuan.
"Baguih dok sedap hisap rokok, tau-tau kena ambush dengan geng KKM kat Quizin aras dua KLIA 2. Terkejut aku apa hal lak tiba-tiba tunjuk kad kuasa. Otak blur selama 5 saat sambil dok pikiaq kad kuasa apa nie. Bila dia sebut dari KKM, perlahan je jari yang dok kepit rokok masuk bawah meja. Hahaha.
Sekali dia mintak rokok untuk dimasukkan dalam plastik.. terus dia bawa keluar buku kompaun, mak aih.. RM250. Kalau sebulan tak bayaq, naik mahkamah. Nasib baik depa buka meja kompaun. Orang yang kompaun aku juga cakap.. buat rayuan nanti dapat diskaun 50%. Mujuq ada duit. Terus selesaikan pada hari yang sama," kata individu itu yang dikenali dengan nama Rizal Ramli.
Sebenarnya merokok di kawasan awam telah lama menjadi kesalahan di negara ini namun mungkin kekurangan penguatkuasaan yang dijalankan maka sesetengah perokok melanggar arahan tersebut tanpa menyedari bahawanya mereka berisiko di saman.
Diharapkan selepas ini lebih banyak operasi mendenda perokok dijalankan oleh pegawai kesihatan kerana ramai sebenarnya di antara mereka-mereka ini suka merokok di kawasan awam tanpa memikirkan risiko pada orang awam yang lalu lalang atau berada di dalam premis tersebut. - Sozcyili.