t>

Breaking News

Dia Terima Duit Tu Sambil Bergenang Air Mata..

Oleh : Raja Shamri

HAKIKAT KEHIDUPAN RAKYAT TERBAWAH : SEBUAH PERKONGSIAN

Selesai solat asar di Masjid Besar Pasir Puteh , sambil berjalan di tepi masjid tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki sedang duduk sambil minum air dalam bekas plastik kolah masjid..

 
Ingatkan minum air, rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas itu. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah ja. Dia diam sambil tertunduk.. hmmm tak apa lah.

Saya tanya dah makan nasi ke belum..jawapnya tak makan lagi dari pagi masa sesi persekolahan lagi.. ntah dia dapat maggi dari mana pun saya tak tahu .. katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ di sediakan mesin air sejuk dan panas...dia ambil bekas plastik / gayung kolah untuk masak maggi menggunakan mesin air panas yg tersedia..



Masa makan maggi walaupun panas dia tetap hirup meggie kuah itu. Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini..sebelum meninggalkannya, Saya tinggalkan 10 ringgit buat dia beli nasi bawa balik rumah. Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu.
  
Katanya dia anak sulung daripada 4 adik beradik dari keluarga susah ..

Sempat beri nasihat supaya jadi anak yang baik-baik dan Belajar bersungguh sungguh sehingga jadi orang yang berjaya... Seperti yang selalu abagraja pesan ... JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK!

Saya Adi
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan.
23 Ogos 2017