Papar Harga Barangan, Tiada Lagi 'PM Me Sis', Atau Peniaga Online Akan Diburu KPDNKK.
Gambar - NSTP |
Ini termasuklah pengiklanan (jualan) barangan dan perkhidmatan yang dilakukan menerusi Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain platform sosial media.
Penggunaan frasa "PM saya, sis", "Done PM" adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan peniaga yang gagal memaparkan tanda harga sekaligus membuatkan peniaga-peniaga itu akan diburu oleh penguatkuasa.
Peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvesional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.
Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:
1. Harga perlu dibayar
2. Nama penjual atau syarikat
3. Nombor Pendaftaran Perniagaan
4. Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
5. Keterangan produk
6. Kaedah pembayaran
7. Terma dan syarat
8. Anggaran masa penghantaran
Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri"
"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi."
"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat."
"Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan." kata Roslan memetik laporan News Strait Times hari ini.
Roslan menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800. - Sozcyili