t>

Breaking News

Hina Kematian Sultan Kedah, Satu Ditahan, Satu Diburu.

Lelaki yang didakwa menghina Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj dilapor telah ditangkap oleh pihak polis pada malam tadi. 

Beliau yang baru berusia 21 tahun menjadi sensasi di laman sosial selepas tangkaplayar komennya menjadi tular kerana tidak sensitif terhadap berita kematian Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj yang mangkat pada isnin lepas.


 
Menurut  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial CP Dato’ Sri Acryl Abdullah Sani suspek ditahan pada jam 12.27 tengah malam tadi di sebuah rumah di Genting Highland Pahang.

"Hasil siasatan, suspek akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas adalah seunit telefon bimbit jenama Apple Model iPhone 7 plus serta seunit laptop MSI Gaming G Series.

Sementara itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah juga sedang mengesan seorang lelaki Melayu yang turut memuat naik posting berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.


Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Sozcyili.