t>

Breaking News

Kerana Rohingya Itu Hitam, Maka Patut Kena Bunuh, Patut Kena Tindas.

Oleh : Benz Ali
Aku tengok ramai orang di FB seronok mencerca orang Rohingya dalam demonstrasi semalam.
Aku diam. Aku rasa pandangan yang pro kepada Rohingya makin lama makin minoriti, akibat betapa selekeh dan hitamnya Rohingya.
Aku bukan nak pro sangat pada Rohingya. aku rasa mereka pun tak bijak mana. Masih dok tara tu juga. Kena bantai setiap tahun tak menjadikan mereka pandai. Atau ada orang pandai di kalangan mereka, tapi buat bodoh? Mereka ni tak macam Yahudi, kena bantai, jadi pandai. Kena bantai, jadi aktivis. Kena bantai, jadi saintis. Kena bantai, jadi professor. Kena bantai, jadi intelektual. Mereka tak ada genetik Yahudi itu.
Tapi hujah-hujah yang hentam orang Rohingya semalam pun, takdelah best mana juga.
Demonstrasi memanglah menghalang jalan. Itu sifat demonstrasi. Demonstrasi tak menghalang jalan, demonstrasi dalam rumah kau, demonstrasi dalam stadium. Demonstrasi apa yang tak menghalang jalan? Cuba kau lukis.
Tapi, bila mai tang Palestin kena bunuh, kena rogol, kena bom, pandai pulak kau meloncat? Nak berperang lah, nak syahid lah, nak Sunnah-Syi'ah bersatu lah menghadapi Zionisme, nak semua orang Islam meludah Israel sampai Israel tenggelam lah, nak menggeletar lah. takde pulak kau kata halang jalan?
Kau ada standard dalam pembelaan. Kau nak bela yang Arab-arab je. Yang tetek besar, yang kulit putih merah, yang Syria-Damaskus je. Rohingya ni hitam, berpeluh, tengik, berdaki. Sebab tu kau takmau mereka berdemo. Kau pilih kasih. Kau pilih tetek. Atau kau pilih warna kulit dalam pembelaan.
Ok.
Mereka tak cukup civilized. Aku setuju. Tapi nak buat macam mana? Tempat mereka ada sekolah ke? Ada universiti ke? Tempat mereka ada madrasah ke? Ada pondok ke? Tempat mereka kena ethnic cleansing bang. Tempat mereka takde tanah suci. Orang beraya haji, sembelih binatang korban. Depa raya haji, depa yang kena sembelih.
Kau takyah cakap aku tak duduk dengan Rohingya lagi dan sebagainya, jadi aku taktau betapa palatnya dan pengotornya mereka dan lain-lain. Sebelah bilik aku, Indonesia, sebelah lagi, Bangladesh-India, aku duduk dan berjiran dengan imigran. Mereka pun ada kepengotoran mereka yang tersendiri. Dan kau pun ada kepengotoran kau yang tersendiri. Kau ingat orang Melayu-Islam semua bersih ke? Tangan penuh taik kuku. Tak pernah kerat kuku, kemudian dok komplen Rohingya satu-satunya bangsa pengotor. Yang banyak berak tak basuh, kencing tak jirus dekat mall-mall ni, bangsa Rohingya jugak ke? Yang berak tak basuh dekat Osaka hari tu, Rohingya jugak ke?
Ya, aku setuju, jika kau kata, kena sekolahkan balik Rohingya ni. Bagi mereka jadi cerdik atau jadi manusia balik. Bagi syarat dan ketatkan syarat kemasukan, jika nak duduk dalam Malaysia, kena masuk sekolah. Ini lebih waras dan masuk dek akal berbanding hantar mereka balik.