t>

Breaking News

Kerugian FOREX Teruk Sampai Kerajaan Terpaksa Pindahkan Saham Untuk Selamatkan Rizab - RCI.

BANK Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan bersetuju saham yang dipegang oleh kerajaan dalam beberapa syarikat tertentu dipindahkan ke bank pusat sebagai satu cara untuk menyelamatkan rizabnya setelah mengalami kerugian dalam urus niaga mata wang asing, kata panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) lapor The Malaysian Insight. 

Othman Jusoh, bekas setiausaha Jabatan Kewangan di Kementerian Kewangan berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pada akhir November 1994. 


"Penjualan saham milik kerajaan dilakukan secara 'senyap-senyap' melalui Rashid Hussein Sdn Bhd," katanya. 

"Tujuan mesyuarat ini adalah untuk kerajaan 'membantu' BNM berhubung kerugian yang dialami BNM dengan cara memindahkan saham-saham milik kerajaan dalam syarikat tertentu kepada BNM," kata saksi RCI ke-22 pada semalam. 

RCI kini memasuki pendengaran hari ketujuh (semalam) mengenai kerugian forex yang didakwa berjumlah AS$10 bilion (RM25 bilion ketika itu) oleh bekas pembantu tadbir BNM Abdul Murad dalam temu bual dengan New Straits Times pada Jun. 

Bagaimanapun, BNM dalam laporan tahunannya pada 1994 berkata kerugian itu berjumlah RM9.3 bilion.