t>

Breaking News

Wajar Ke Pengetua Tahfiz Ittifaqiyah Bersikap Sambil Lewa Dan Tersenyum Soal Netizens.

Oleh : Arif Atan
"Tak nak fikir panjang".
Mengapa pengetua pusat tahfiz itu boleh menganggap "tidak perlu" untuk jumpa suspek atau keluarga sekumpulan tujuh remaja itu ketika tiga muridnya masih terlantar di ICU dengan menyambung hayat menggunakan alat bantuan pernafasan?
Walaupun katanya, "bukan berdendam" tapi adakah wajar dia boleh selamba menyebut, "Saya tak nak fikir panjang benda yang sudah jadi"?
"Tak nak fikir panjang"? Adakah itu sikap bertanggungjawab yang harus diangguk saja kita sebagai masyarakat?
Adakah wajar orang kita terus 'kasihan' dengan memberi wang atas nama sedekah, derma selepas pusat tahfiz terbakar di Dato' Keramat pada 14 September menjadi kes ke-212 pusat tahfiz terbakar sejak tahun 2015!?
Semalam, Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa sudah serahkan sumbangan sebanyak RM45,670. Sebelum ini pun sumbangan sudah mencurah (rujuk angka sumbangan dalam posting semalam). Itu tidak termasuk sumbangan Najib Razak sendiri seperti diakui Presiden Umno itu.
Dan pengetua yang sebelum ini sudah mendapat banyak dana daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sekarang terus senyum menerima wang selepas dia gagal memastikan asrama puluhan budak menginap itu selamat diduduki sehingga 23 nyawa melayang sekaligus akibat TERPERANGKAP!
Hairan. Apa yang tidak kena dalam jalur pemikiran masyarakat kita?