“Selain wanita terbabit, kita turut akan memanggil anggota penguat kuasa terlibat bagi siasatan lanjut.
“Sama ada sebarang tangkapan dibuat atau tidak kepada wanita itu, ia bergantung kepada keterangan yang diambil oleh kedua-dua mereka,” katanya semalam.
Kelmarin, video berdurasi satu minit 37 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak biadab terhadap anggota pihak berkuasa tempatan, dipercayai penguat kuasa MPSJ.
Berdasarkan rakaman video, wanita terbabit memegang seba­tang pengunci stereng kereta dan menghalakannya ke arah penguat kua­sa tersebut.
Difahamkan, wanita ber­ke­naan berang apabila keretanya dikunci oleh pihak berkuasa selepas dia meletakkannya bukan di tempat meletak kenderaan untuk membeli makanan di restoran berdekatan.
Wanita itu menjerit-jerit memarahi penguat kuasa berkenaan menjadikan alasan membelikan makanan untuk suaminya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Berikutan itu, anggota ber­kenaan dikatakan meminta wa­nita itu menunjukkan kad OKU sebagai bukti, namun dia gagal berbuat demikian.
Sumber : Utusan Online