Abang Maut, Adik Parah Ditetak Rakan Sekerja Bapa.
Dek kerana tidak puas hati dengan ayah, seorang remaja lelaki maut manakala adik perempuannya yang berusia tiga tahun parah selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran , semalam.
Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang, remaja yang berusia 15 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan adiknya dirawat di Hospital Tuaran untuk dirawat.
Bagaimanapun, suspek yang berusia 66 tahun itu dirawat di hospital yang sama kerana parah dibelasah oleh pekerja pembuat jalan.
Menurut sumber, motif kejadian dipercayai berpunca dari berlaku perselisihan faham di tempat kerja diantara bapa dua beradik itu dengan suspek sebelum suspek datang menyerang di rumah lelaki terbabit.
"Lelaki itu yang melihat suspek datang ke rumahnya segera melarikan diri.
"Bagaimanapun, suspek menyerang dua anak lelaki itu dengan parang," katanya.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Harian Metro