Betul Ke Angkat Berat Boleh Menyebabkan Patah Tulang Belakang?
Oleh : Mahyuddin Mohamed
Angkat berat sampai patah tulang belakang?
Viral di laman sosial apabila tersebar klip video seorang lelaki yang mengangkat berat (weightlifting) secara deadlift tiba-tiba pengsan/pitam dan rebah jatuh ke atas beban pemberat.
Viral di laman sosial apabila tersebar klip video seorang lelaki yang mengangkat berat (weightlifting) secara deadlift tiba-tiba pengsan/pitam dan rebah jatuh ke atas beban pemberat.
Diviralkan bahawa kepatahan tulang belakang berlaku disebabkan lelaki itu membuat angkatan deadlift tersebut. Disertakan sekali ialah CT scan yang dikaitkan dengan lelaki malang terbabit.
Ada beberapa perkara yang perlu saya kupas di sini.
PITAM (BLACKOUT)
Sukan angkat berat memang dikaitan dengan pitam atau blackout. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang pengangkat berat pitam:
Sukan angkat berat memang dikaitan dengan pitam atau blackout. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang pengangkat berat pitam:
1. Menahan nafas terlalu lama (breath-holding attack). Di dalam ilmu perubatan, ia dikenali sebagai Syncopal attack following Valsalva maneuver.
Valsalva maneuver ialah keadaan dimana kita menghembus nafas (exhale) dalam keadaan salur pernafasan ditutup secara sengaja, contohnya ketika mengangkat berat, meneran ketika membuat air besar atau air kecil, meniup belon atau bermain tarik tali.
Secara fisiologi, maneuver ini mempunyai 4 peringkat. Pada peringkat kedua iaitu pada saat 5 ke 14 (lihat Rujukan 2), ia menyebabkan darah yang mengalir ke jantung (venous return) menurun akibat tekanan di dalam dada. Ini pula mengurangkan darah yang dipam keluar oleh jantung (cardiac output) ke seluruh badan, termasuk otak kita. Dan ini BOLEH menyebabkan seseorang pitam.
2. Hypoglycaemia iaitu kandungan gula yang rendah dalam darah.
3. Dehydration atau dehidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.
4. Tertekan Arteri Karotid (Carotid artery) secara tidak sengaja dengan batang bebanan (barbell). Ini akan menghalang peredaran darah ke otak dan seseorang akan pitam.
KEPATAHAN TULANG BELAKANG
Tulang belakang manusia terbahagi kepada 3 kolum iaitu Kolum Depan (Anterior Column), Kolum Tengah (Middle Column) & Kolum Belakang (Posterior Column) (Rujukan 6).
Tulang belakang manusia terbahagi kepada 3 kolum iaitu Kolum Depan (Anterior Column), Kolum Tengah (Middle Column) & Kolum Belakang (Posterior Column) (Rujukan 6).
Kepatahan tulang belakang seperti CT Scan ini dikenali sebagai Chance Fracture atau Fracture-Dislocation. Karakter kepatahan ini ialah ia melibatkan ketiga-tiga kolum tulang belakang. Ia PASTI akan menyebabkan kelumpuhan SERTA MERTA akibat saraf tunjang yang terputus (transected spinal cord). Saraf tunjang terletak di antara Kolum Tengah & Kolum Belakang. Pesakit TIDAK mungkin mampu berdiri sebelum rebah seperti yang kita lihat di dalam klip video terbabit.
Tulang belakang manusia TIDAK mungkin akan patah secara tiba-tiba seperti mana CT Scan tersebut dengan hanya mengangkat berat. Ia BOLEH menyebabkan kepatahan sekiranya tulang belakang seseorang memang sedia lemah atau reput (osteopenic) akibat penyakit seperti jangkitan kuman, ketumbuhan tulang atau pun Osteoporosis (Rujukan 5).
Namun kepatahan yang akan berlaku adalah berbeza di mana ia hanya akan melibatkan Kolum Depan sahaja (Compression fracture) atau Kolum Depan dan Tengah (Burst fracture).
Chance fracture atau Fracture-Dislocation pula yang melibatkan ketiga-tiga kolum pula berlaku akibat "extension injury" atau sekiranya terjadi hentakan yang kuat (direct blow/direct trauma) terhadap tulang belakang. Dalam kes ini saya berpendapat, ia berlaku akibat lelaki tersebut rebah dan tulang belakang mendarat secara terus ke atas pemberat.
KESIMPULAN
Jika benar CT Scan tersebut ialah CT Scan lelaki tersebut, saya berpendapat kepatahan sepertimana dalam CT Scan tersebut BUKAN disebabkan oleh mengangkat berat tetapi akibat kejatuhan ke atas bebanan (barbell).

Walaubagaimanapun, mengangkat berat memang boleh menyebabkan masalah Disc Prolapse jika tidak dilakukan dengan teknik yang betul. Disc prolapse boleh menyebabkan sakit belakang dan kaki seseorang menjadi kebas dan lemah (Rujukan 4).
Sekiranya tekanan pada saraf belakang adalah serius, ada ketikanya, seseorang tidak lagi mampu mengawal pencerut (sphincter) menyebabkan kucil dan cirit (urinary and bowel Incontinence).
PESANAN
Nasihat saya buat rakan-rakan yang ingin menyertai atau sudah berada dalam sukan mengangkat berat atau pun mengangkat berat sebagai hobi:
Nasihat saya buat rakan-rakan yang ingin menyertai atau sudah berada dalam sukan mengangkat berat atau pun mengangkat berat sebagai hobi:
1. Memakai tali pinggang (belt) yang dikhususkan bagi sukan ini
2. Mengetahui teknik mengangkat yang betul
3. Sentiasa menjaga postur tulang belakang anda
4. Buat secara progresif dan sistematik. Elakkan mengangkat beban secara dramatik atau mendadak
5. Pastikan anda makan dan juga minum air yang cukup sebelum bermula
Jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan, sila bertanya kepada doktor terlebih dahulu samada sukan/hobi ini sesuai untuk anda.
#DrMahyuddin Mohamed
Pakar Ortopedik
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY
#MalaysianMedicalGazette
Pakar Ortopedik
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY
#MalaysianMedicalGazette
13/1/2017
#Chance fracture
#FractureDislocation
#Weightlifting
#Deadlift
#Chance fracture
#FractureDislocation
#Weightlifting
#Deadlift
Reference:
1. https://breakingmuscle.com/…/how-to-avoid-blacking-out-whil…
2. Image graft dari wikipedia: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Valsalva_maneuver…
3. Link page asal: https://www.facebook.com/naim.suhaimi.14/posts/225402414583527
4. Baca artikel saya mengenai Prolapse Intervertebral Disc (PID) di http://www.mmgazette.com/?s=Prolapse+disc
5. http://www.mmgazette.com/osteoporosis-tulang-umpama-cengke…/
6. Dennis 3 Column: https://www.google.com.my/search…