Ini Senarai Lengkap 17 Jenama Kopi Beracun Yang Disahkan KKM.
Oleh : Medical Mtyhbuster Malaysia
KENAPA JANTUNG SAYA BERDEGUP LAJU SELEPAS MINUM KOPI INI?
Soalan ini biasa saya dapat daripada rakan-rakan netizen. Hmmmm.... selalunya saya akan bertanyakan nama kopi tersebut dan membuat semakan ringkas pada senarai beracun yang telah dikeluarkan oleh KKM (lihat gambar);
Gambar - M3 |
1. Cafe Abang Yes
2. Goji Guarana
3. Goji Guarana Extra
4. Guara Cafe
5. King Cappucino
6. Kinght Cofee
7. Kolek Cafe Power
8. Kopi Angguk
9. Kopi Asmara
10. Kopi Bagus AAA
11. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
12. Kopi Pahlawan
13. Kopi Super Angguk
14. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
15. Night Cafe
16. Kopi Panggung Al Ambiak
17. Kopi Jantan Tradisional
2. Goji Guarana
3. Goji Guarana Extra
4. Guara Cafe
5. King Cappucino
6. Kinght Cofee
7. Kolek Cafe Power
8. Kopi Angguk
9. Kopi Asmara
10. Kopi Bagus AAA
11. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
12. Kopi Pahlawan
13. Kopi Super Angguk
14. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
15. Night Cafe
16. Kopi Panggung Al Ambiak
17. Kopi Jantan Tradisional
Kopi-kopi ini telah dikesan mengandungi bahan terlarang yang tidak sepatutnya ada dalam serbuk minuman kopi. Antara bahan yang dikesan adalah sildenafil dan analognya, steroid, antihistamin, sibutramine dan taladafil.
Apa kesan kepada kita jika minum kopi yang ada Sildenafil serta analognya? Untuk mengapa persoalan ini, kita perlu selidik apa you sidenafil, kesan sampingannya dan mengapa ia berbahaya.
*************************
Sildenafil itu apa?
Sildenafil adalah sejenis ubat yang tergolong dalam kumpulan phosphodiesterase (PDE) inhibitors. Sildenafil digunakan dalam rawatan mati pucuk atau kegagalan ereksi bagi kaum lelaki.
Ubat sildenafil berfungsi dengan mengembangkan saluran darah pada zakar apabila dalam keadaan ghairah. Justeru keadaan seperti ini meningkat dan memudahkan aliran darah ke zakar, seterusnya membolehkan individu lelaki tersebut menegangkan zakarnya dengan kekerasan yang sepatutnya.
Walau bagaimanapun seseorang yang mengambil ubat atau produk yang mengandungi sildenafil ini tidak bermakna masalah mati pucuk atau kurang nafsu seks akan dapat diatasi atau telah sembuh.
*************************
Apakah kesan sampingan Sildenafil?
Antara kesan sampingan ubat sildenafil adalah sakit kepala, pening, flushing (rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada), masalah penghadaman, hidung tersumbat, jangkitan saluran pernafasan, serangan jantung, angina pektoris, DEGUPAN JANTUNG PANTAS, mudah pengsan, hipotensi postural, migrain, kemurungan, perubahan pada penglihatan seperti penglihatan menjadi kabur, penglihatan menjadi biru, atau sensitif terhadap cahaya, cirit-birit, jangkitan pada saluran kencing dan ruam.
Justeru pengambilan produk kopi yang dicemar palsu dengan ubat sildenafil ini dikatakan sangat merbahaya kerana tidak diketahu jumlah dos yang terkandung di dalamnya dan penggunaannya tidak berada di bawah pengawasan doktor.
Sudah tentu mengambil minuman kopi seperti ini, dengan kesan sampingnya terhadap salur darah dan jantung yang sangat ketara oleh seseorang individu yang tidak mengetahui latar belakang status kesihatannya adalah sangat berisiko. Mungkin boleh mengakibatkan maut akibat serangan jantung atau stroke.
*************************
Nasihat kepada pengguna?
Pengusaha kopi yang dicemar palsu dengan ubat sildenafil sering meletak jumlah dos yang lebih agar kesannya dapat dilihat dan dirasai oleh pengguna. Apabila pengguna mengambilnya dan merasai kesan yang sugguh ketara, mereka akan kerap membelinya semula.
Itu adalah teknik pemasaran yang tidak bertanggungjawab dan sangat merbahaya serta tidak mementingkan kesan terhadap kesihatan serta nyawa pengguna yang menggunakan produk jualan mereka.
Jadilah pengguna yang bijak dan tidak mudah terpengaruh atau ingin mencuba produk-produk kopi kuat seperti ini. Kebanyakkan kopi-kopi ini berasal daripada luar negara.
*************************
Anggota penguatkuasa tidak buat kerja ker?
Pasti akan ada yang menyatakan anggota penguatkuasa tidak buat kerja ker? Jangan berkata seperti itu. Saya tahu bagaimana susahnya rakan-rakan saya sebagai penguatkuasa farmasi bertugas memegang amanah untuk membanteras peniaga-peniaga yang tidak beretika ini.
Namun anda perlu tahu dan sentiasa beringat, penguatkuasaan sahaja tidak mampu merubah fenomena ini selagi adanya "PERMINTAAN" terhadap produk-produk seperti ini
SELAGI ADA PERMINTAAN
SELAGI ITU ADA PENJUALAN
SELAGI ITU ADA PENJUALAN
Pegawai penguatkuasa farmasi dalam 1 negara ini cuma ada sekitar 700 lebih anggota sahaja untuk melindungi produk-produk ini daripada 31juta rakyat Malaysia. Cuba fikirkan, jika majoriti rakyat Malaysia malah semuanya menolak produk-produk seperti ini, pasti impaknya lebih besar lagi.
Bantu penguatkuasa farmasi, tolak produk-produk seperti ini. Elakkan membelinya. Jadi "mata-mata" yang membantu penguatkuasa farmasi. Salurkn aduan agar siasatan dapat dilakukan dan pesalah dibawa ke muka pengadilan .
Gunakan sistem pengurusan aduan awam kkm ini untuk sebarang aduan untuk disalurkan.
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Jika netizen ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre – NPCC) di talian 1 800-88-6722.
Ahli Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mtyhbuster Malaysia (M3)
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mtyhbuster Malaysia (M3)