t>

Breaking News

Kenapa Mahu Membela Doktor Palsu, Scammer? - Ini Surat Terbuka Dari Doktor Untuk PPIM.

Saya amat kecewa dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di atas tindakan mereka mengumpulkan derma sebanyak RM 70K bagi membebaskan seorang penjenayah yang telah menipu masyarakat.
Persatuan Pengguna sepatutnya membela dan melindungi pengguna. Orang yang membuat rawatan pendakap gigi palsu tersebut terang2 melakukan suatu perbuatan yang melanggar undang2 dan membahayakan orang ramai dan sudah pun dijatuhi hukuman oleh mahkamah.
Rawatan ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai pergigian yang terlatih dan pakar ortodontik dan bukannya oleh seseorang yang hanya mempelajarinya di youtube.
Ia mempunyai risiko2 yang jelas berbahaya dan walau kami adalah doktor perubatan, kami tidak akan sesekali melakukannya dan akan menyerahkan kepada mereka yang ahli di dalam bidang ini.
Apakah mesej yang sedang cuba disampaikan oleh PPIM?
1. Adalah OK untuk menipu dan melakukan amalan perubatan berisiko?
2. Adalah OK bagi pengguna2 menanggung risiko2 tinggi prosedur secara substandard dan dilakukan oleh penipu2 yang tidak bertauliah?
3. Adalah OK untuk melanggar undang2?
4. Adalah OK untuk membahayakan diri dengan menjalani prosedur2 berisiko asalkan dapat menjimatkan wang?
Sesungguhnya saya berasa amat malu dengan PPIM kerana sanggup merendahkan diri ke tahap yang sebegini hina dan mengkhianati kepercayaan para pengguna kepada anda.
Sejak seminggu dua ini PPIM banyak terlibat di dalam kontroversi spt kes Yusof Azmi yang saya tidak komen langsung kerana bagi saya ia hanyalah isu politik.
Namun kali ini, saya tidak boleh berdiam dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh PPIM dalam menyebarkan mesej yang salah kepada masyarakat. Ia bertentangan langsung dengan prinsip saya sebagai doktor yang mengutamakan keselamatan pesakit melebihi dari segalanya!
Sebelum ini ketika isu vape saya menentang secara terbuka pendirian beberapa pemimpin Pemuda UMNO. Jika dengan Pemuda pun saya tidak berkompromi dalam isu kesihatan, apatah lagi dengan PPIM?
Gadis yang PPIM tolong bebaskan telah membuat rakaman video yang menunjukkan dia langsung tidak insaf malah memperlekehkan pihak2 yang 'menjatuhkannya'. Malah dia berkata dia semakin terkenal dan semakin kaya selepas ini.
PPIM telah berjaya membebaskan penjenayah dan mengajarnya bahawa adalah OK untuk melanggar undang2 dan membahayakan nyawa pengguna awam.
Jika usia muda pesalah menjadi punca PPIM membelanya, maka mungkin selepas ini PPIM bolehlah membela para remaja yang membakar tahfiz baru2 ini.
Perbuatan PPIM ini adalah merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nama Islam yang digalas mereka sebenarnya. 
Islam sentiasa menghormati sempadan ilmu. Urusan umat manusia ini akan musnah apabila diserahkan kepada bukan ahlinya.
Saya dan barisan pengamal perubatan profesional yang lain kecewa dengan tindakan PPIM.
Selepas ini PPIM bolehlah bela para doktor palsu yang lain juga. Ramai sebenarnya boleh jadi pakar jantung, kencing manis, pakar tulang, pakar bedah, pakar urologi dan lain2 kepakaran dengan hanya belajar di Youtube demi menolong umat manusia.
Innalillihi wa inna ilaihi rojiun.
----------------
Oleh : Amirul Amzar

TINDAKAN TIDAK WAJAR PPIM

Kami sebagai kakitangan kesihatan mencela seberat-beratnya tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melindungi penjenayah 'doktor' gigi palsu.




Terkini, gadis berusia 20an yang mengaku bersalah atas tuduhan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah, telah didenda sebanyak RM70 000. Dipaparkan juga di dalam akhbar tindakan berang beliau menumbuk dinding mahkamah setelah kes disabitkan.

Namun, PPIM telah menjadi wira, membantu dalam pengumpulan dana untuk membayar denda gadis tersebut. Tindakan ini adalah satu tindakan yang TIDAK WAJAR atas kapasiti PPIM sebagai sebuah persatuan yang seharusnya MELINDUNGI PENGGUNA.

Dalam temubual, wakil PPIM menyatakan "beliau adalah seorang gadis bijak yang hanya mahu membantu rakan-rakan memasang pendakap gigi berdasarkan pengalamannya melihat melalui Youtube".

Adakah ini bermakna PPIM menyokong tindakan orang-orang tidak bertauliah menjalankan khidmat kesihatan di luar sana, membahayakan nyawa dan kesihatan pengguna semata-mata alasan ingin membantu?

Seharusnya PPIM sebagai persatuan PENGGUNA ISLAM malaysia tidak bertindak sebegini. Ini menggalakkan lagi penjenayah-penjenayah lain melakukan perbuatan merbahaya sebegini. ISLAM mengajar kita meletakkan sesuatu perkara pada ahlinya.

Pendakap gigi palsu adalah merbahaya! Ianya hanya boleh dipasang oleh doktor gigi bertauliah yang telah membuat penjurusan dalam bidang ortodentik. Mana mungkin seorang lepasan diploma/sijil terus diberi tauliah memasang pendakap gigi hanya selepas melihat video Youtube. Adakah badan manusia begitu tidak berharga pada pandangan gadis ini dan PPIM?

RM70 000 itu jumlah yang amat besar. Seharusnya boleh disalurkan pada tujuan yang lebih murni. Berapa ramai pesakit kanser yang boleh dibantu bayaran kemoterapi mereka dengan wang sejumlah itu. Berapa ramai orang kurang upaya yang boleh mendapat prostesis dengan duit sebanyak itu.

Sekali lagi kami mencela tindakan PPIM dalam melindungi perbuatan sebegini. Tindakan mereka bukan sahaja menunjukkan pemikiran terkebelakang malah songsang dalam matlamat mereka melindungi pengguna.

Nasihat kami pada orang ramai:

1) Berhati-hati dengan 'doktor palsu'
2) Laporkan kepada pihak berkuasa jika anda tahu kegiatan sebegini
3) Berdoalah agar pihak autoriti meningkatkan hukuman kes-kes sebegini.

Sudah lah baru-baru ini penjual suplemen didenda dengan jumlah yang sangat kecil berbanding keuntungannya, sekarang ada wira pula yang membelakangkan rasional undang-undang.

Ahli-ahli 
Medical Mythbusters Malaysia
M3