Kereta Saya Kena Clamp, Kereta VIP Tak Kena Clamp, Kenapa Diskriminasi?
"Kereta saya dikunci kerana meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang. Baiklah, saya terima. Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci sepertimana saya kena sedangkan dia berada disitu terlebih dahulu berbanding saya," luah Winnie dalam nada kecewa.
Winnie turut berkongsikan beberapa gambar sebagai bukti ketika memuatnaik status tersebut di akaun Twitter miliknya.
Luahan Winnie itu telah ditwitkembali sebanyak 20,000 kali di Twitter dan rata-ratanya berasa marah akan diskriminasi yang dilakukan oleh penguatkuasa tempatan.
Menurut Winnie lagi, beberapa penguatkuasa tempatan telah datang semula untuk membuat rondaan kali kedua dan kenderaan VIP itu masih lagi tidak disentuh (dikunci).
Berasa ingin tahu kenapa, Winnie kemudiannya bertanyakan beberapa soalan tentang perkara tersebut. "Saya hanya datang untuk membuka kunci dan bukannya untuk mengunci kenderaan. Satu lagi ini bukannya amalan diskriminasi sebaliknya jika pemilik kenderaan berada berhampiran kenderaan kami tidak akan mengunci kenderaan tersebut," jelas pegawai penguatkuasa tersebut kepada Winnie.
Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut memberikan ulasan tentang insiden berkenaan.
Beliau menafikan kenderaan tersebut dimilik oleh VIP PDRM sebaliknya menjelaskan logo VIP yang terpapar di kenderaan tersebut sebenarnya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang menderma kepada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia atau lebih dikenali sebagai RESDA.
Jawapan itu bagaimanapun tidak memuaskan hati netizens sebaliknya mereka menyindirnya dengan mengatakan jika sesiapa pun boleh mendapatkan logo VIP dengan hanya menderma maka mereka pun mahu menderma juga supaya terlepas dari sebarang tindakan saman ketika melanggar peraturan di atas jalanraya. - SoZPress.