t>

Breaking News

Menyedihkan, Tak Dapat Dibayangkan Penderitaan Rohingya Kata NGO.

Oleh : : Musa Nuwayri 

Melihat keadaan mereka selepas 10 hari berjalan dari Myanmar ke Bangladesh akan membuatkan siapa sahaja mengalirkan air mata.

Sukar untuk berjumpa yang memakai alas kaki. Majoritinya daripada yang tua, sehinggalah kanak-kanak hanya berkaki ayam.

Berkaki ayam mengharungi sungai, hutan, bukit bukau dan sawah pasti tidak mudah. Berapa ramai yang terpijak paku atau kaca sepanjang ratusan kilometer berjalan? Allah, tidak dapat kami bayangkan.

Malah ramai juga yang tidak berbaju. Bagaimana dengan nyamuk yang banyak pada waktu malam? Dengan hujan yang turun hampir setiap hari di sini?


Juga lihat tubuh mereka. Kurus kering tidak bermaya. Entah apa yang mereka makan dan minum sepanjang perjalanan.

Kami tidak mampu memberikan banyak. Air dan biskut yang kami borong habis hanya selepas 15 minit diagihkan. Kedai berdekatan juga tidak punya stok yang mencukupi.

Dan kami sendiri tidak menjangka yang mereka akan berjalan masuk ke dalam kem pada hari itu. Untuk hari ini hari Jumaat yang mulia, sama-sama kita doakan saudara Rohingya kita. Doakan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik di bumi Bangladesh ini.

Dan saya mohon kepada yang mampu, menyumbanglah. Kami akan ke sini lagi pada 9 November nanti untuk menghantar bantuan yang lebih besar.
 

Antara yang akan disampaikan nanti adalah rumah untuk mereka berteduh buat yang baru tiba. Dan kami jangka, satu rumah yang dibina bakal memuatkan 3 generasi. Dari datuk, anak dan juga cucunya.

Juga bantuan makanan, alat mewarna kepada kanak-kanak untuk pemulihan psikologi mereka, dan alatan kebersihan seperti kain pelikat, pad untuk wanita dan sabun.

Sumbangan boleh terus dibank-in kan ke 7050596976 (CIMB) atas nama Ahmad Musa Al-Nuwayri (Pengasas NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan). Akaun ini sudah saya kosongkan dan tidak sama sekali bercampur dengan akaun peribadi saya.

Usah Sedih Jika Anda Tak Mampu. ‘SHARE’ Juga Sudah Sangat-Sangat Membantu.