t>

Breaking News

Netizens Persoalkan Kelayakan Adi Putra, Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk, Datuk Seri.

Semalam lima selebriti berpengaruh telah menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang. 

Lima selebriti tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia yang membawa gelaran Datuk Seri, pelakon asal Singapura, Adi Putra yang menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, pereka fesyen, Jovian Mandangie yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Dua yang lain ialah Eizlan Yusof, 45 dan Maria Menado turut menerima gelaran yang sama seperti Siti Nurhaliza iaitu Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Rata-rata netizens memuji gelaran yang diterima Siti Nurhaliza namun mempertikaikan gelaran yang diraih oleh Eizlan Yusof dan Adi Putra.

Ramai dari mereka merasa pelik mengapa Eizlan dan Adi turut tersenarai sebagai penerima gelaran kerana tidak mengetahui apakah jasa dan sumbangan yang dilakukan oleh kedua-dua selebriti tersebut tambahan pula Adi ialah pelakon kelahiran Singapura.




Tidak hanya itu malahan ada yang menyindir bahawanya untuk mendapatkan gelaran dari Pahang memang mudah kerana 'kriteria yang rendah' tidak seperti negeri-negeri lain yang lebih tegas dan mempunyai proses saringan yang ketat, kata netizens.

Respon Eizlan

Menurut Eizlan, 46, dia tidak mahu terlalu memikirkan kritikan atau sindiran masyarakat kerana tidak mahu menjadi lemah kerana hal sedemikian. 

"Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka. "Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?," katanya, memetik laporan Mstar Online hari ini. 

Eizlan turut berkata, dia memaafkan individu yang sering mengkritik pencapaiannya. Malah, pelakon ini turut berharap tiada lagi mana-mana individu yang mempertikaian mengenai penganugerahan tersebut. 

"Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya. 

"Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. "Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut," jelasnya lagi.

Adi ada sumbangan?

Adi Putra sebenarnya merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society kata peminatnya di ruangan komen.



"Tuan Haji Mohamed Hadi Putera atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.

Menjadi penaung semenjak tahun 2015 lagi, pertubuhan ini bergerak sekitar negeri Johor dalam memberi dan membantu mereka yang dalam kekurangan. 

Beliau secara senyap aktif dan sering bekerjasama dalam menggerakkan kerja kebajikan sekitar Negeri Johor tanpa mendedahkan atau heboh demi populariti," tulis individu itu yang menggunakan nama Nelly sambil berkongsikan pautan sumber asal maklumat tersebut. - SoZPress.