t>

Breaking News

Secara Tiba-Tibanya Sajat Kini Perempuan Sejati - Dokumentari RTM Timbulkan Persoalan.

Pakar motivasi yang sedang meningkat naik dan pernah beberapa kali penulisannya mengenai pendidikan anak-anak dan jenayah seks menjadi tular di laman sosial kini sedang mempersoalkan kenapa Sajat secara tiba-tibanya mengakui beliau adalah seorang wanita.


Mohd Fairuz Bin Abu ataupun lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al Jengkawi di Facebook beliau mempersoalkan perkara itu kerana sebelum ini RTM pernah menyiarkan satu dokumentari khas bagi mengupas persoalan mengenai kewujudan Mak Nyah di Malaysia. 

Dokumentari yang bertajuk 'Halalkah Aku' itu disiarkan pada tahun 2012 menerusi Eksklusif TV1. Dan boleh diakses menerusi saluran Youtube.

Dalam dokumentari tersebut, Sajat dipaparkan sebagai seorang Mak Nyah berdasarkan pengakuannya. Malahan ahli keluarga Sajat juga tampil memberikan pandangan mereka mengenai identiti Sajat dalam dokumentari itu.

"Maknyah neh dia hanya macam satu nama. Tak semua maknyah kerja sebagai pelacur, kan. Tak semua maknyah kerja macam tu. Dia Mak Nyah tapi dia ada kerjaya masing-masing. Macam saya kerjaya saya sebagai showgirl, model. Ini kerja saya. 

Macam Mak Nyah neh kerja dia sebagai pelacur. Ada sorang maknyah neh kerja sebagai makeup artis, ada sorang maknyah neh kerja sebagai lawyer. Ada sorang maknyah neh kerja sebagai designer. Faham tak.

Maknyah hanya satu nama aje. Macam perempuan. Perempuan neh kerja apa? Hah sebagai wartawan.. perempuan neh apa? Dia sebagai pelacur..

So jangan pandang semua maknyah neh.. Apa-apa salah maknyah, semua nak tunjuk-tunjuk situ," katanya dalam dokumentari Halalkah Aku.

Ketika dokumentari itu dirakamkan, Sajat dikatakan berusia 26 tahun. Sajat juga mengakui mula makan pil hormon semenjak berada di tingkatan dua.

"Memang daripada kecil saya suka pakai baju kakak saya, baju adik-adik saya, macam mak saya nak tidur ke apa saya pakai kasut tinggi dia, jalan-jalan macam tu la. Pernah sekali terkantoi dalam bilik kan. Ayah terbuka pintu. Buat apa ni, ayah takde buat apa, saja je neh..," katanya.

"Masa saya remaja masa saya nak meningkat ke menengah, keluarga saya macam, dari situ saya dah start makan hormon. Saya start makan hormon masa form two. Daripada situ bermulanya kisah hidup saya sebagai seorang ingin berubah diri tu kepada wanitalah. Yang perasaan dulu perubahan saya ialah mak sayalah. Sebab masa tu saya makan hormon. 

Bila kita makan hormon perubahan tu bermula kat breast. Kat tetek kita mula timbul. Apahal anak aku neh. Lain macam aje kan," katanya lagi.

Bagi mendapatkan kepastian dan merungkai persoalan, pakar motivasi itu kemudiannya menuliskan satu emel kepada pihak berkenaan untuk menjawab dakwaan kononnya Sajat dibayar untuk menjayakan siri tersebut. Dalam erti kata lain Sajat sebenarnya berlakon sebagai Mak Nyah sedangkan beliau bukannya Mak Nyah seperti yang dilaporkan dalam dokumentari tersebut.


Sebelum ini Sajat pernah disindir kerana menerima watak Mak Nyah dalam filem Ophilia yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Kebanyakan netizens kurang mengetahui tentang kewujudan filem tersebut kerana tidak mendapat sambutan.


Selain berlakon, Sajat juga dilaporkan pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik maknyah. 

Februari lalu, menerusi laman Instagramnya, Sajat memuat naik satu foto yang menunjukkan satu surat rasmi yang tertulis daripada Hospital KPJ Ampang Puteri, yang memberi 'pengesahan' jantina individu bernama 'Sajjad'.


Dalam surat tersebut, ia tertulis: "Saya telah melakukan pemeriksaan kepada individu bernama di atas, di Hospital Pakar Ampang Puteri yang kini berjantina wanita." 

Bagaimanapun semakan yang dilakukan oleh Astro AWANI mendapati doktor yang dikatakan memberi pengesahan jantina Sajat di Instagram iaitu Dr Katheeja Alavi Syed Alavi Thang adalah bekas kakitangan hospital berkenaan dan sebenarnya telah pun bersara sejak dari tiga tahun lepas dari hospital itu.

Semakan di laman LinkedIn tersebut juga mendapati Dr Katheeja sudah berhenti daripada hospital pakar itu pada tahun 2014, lapor agensi berita itu lagi.

Isu jantina Sajat kembali menjadi kontroversi berikutan Sajat dikatakan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dan itu menjadikan netizens berspekulasi apakah jabatan agama di Malaysia tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas Sajat. 

Ada juga netizens yang berang apabila Sajat kini dineutralisekan sebagai seorang wanita berbanding label asal beliau sebagai pondan ataupun maknyah. - SoZPress.