t>

Breaking News

Debat Layanan Nabi Terhadap Wanita, Asiah Tolak Ajakan RORA.

Memandangkan terlalu ramai yang menyuarakan kebimbangan dan kegusaran terhadap beberapa status Asiah tentang layanan Nabi Muhammad SAW terhadap wanita khususnya isteri-isteri baginda, maka Ustaz Rozaimi Ramlee ataupun lebih dikenali sebagai RORA telah tampil mempelawa aktivis kontroversi itu untuk berbincang dan berbahas tentang topik tersebut dalam satu forum yang akan diadakan secara terbuka kelak.


"Bagi meredakan kegusaran masyarakat terhadap kenyataan berkenaan Nabi dan kelakuan/layanan baginda terhadap wanita yang dikeluarkan oleh Puan Asiah Abd Jalil, saya sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ) dengan ini menyatakan kesediaan saya untuk berdialog dengan Puan Asiah Abd Jalil di NEGERI PERLIS dengan tajuk berikut :

Nabi Muhammad dan Layanan Baginda Terhadap Wanita.

Jemputan terhormat kepada Puan Asiah Abd Jalil akan menyusul dalam masa terdekat untuk mendapatkan persetujuan, format dan tarikh yang sesuai. Manakala tempat dialog akan diadakan di Perlis memandangkan Jabatan Mufti Perlis yang telah memberikan persetujuan untuk menganjurkan dialog ini dengan kerjasama IQ Malaysia.

Semoga dialog ini dapat memberikan penjelasan tuntas berkaitan kekeliruan yang ditimbulkan. Sekian, terima kasih.

Dr Rozaimi Ramle
Presiden
Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia,"
katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun Asiah dalam satu kenyataan balas tidak menerima tawaran tersebut sebaliknya bersedia untuk berbahas tentangnya jika didakwa di dalam Mahkamah Syariah.

"Pak lebai Rozaimi Ramle yang katanya pakar hadis, ajak saya berdebat di Perlis. Hahaha... 

Saya tak berminat nak berdebat dalam forum ala pak lebai. Dalam setting dan aturcara yang singkat, terhad, tidak binding dan dihadiri entah siapa-siapa. 

Saya memilih untuk didakwa di mahkamah syariah, berhujah dalam mahkamah terbuka dan segala kenyataan direkodkan secara sah, untuk jadi rujukan pada masa depan," katanya di Facebook.

Terdahulu kediaman Asiah diserbu JAIP berikutan satu status di Facebook yang menjadi tular dan mendapat kecaman masyarakat muslim kerana disifatkan ia sebagai menghina Islam dan Nabi.

Asiah kemudiannya dipanggil untuk hadir ke pejabat JAIP bagi memberikan keterangan berhubung status tersebut.

Asiah bagaimanapun bebas dengan bon jaminan selepas disoalsiasat selama satu jam. - SoZPress.