t>

Breaking News

"I Don't Talk To Malay, Coz They All Stupid" - Kanak-Kanak Ini Diajar Membenci Melayu.

Oleh : Ann Samsiah Ali.

Sekadar perkongsian dan luahan rasa hati. 

Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga kesabarannya. 

Ceritanya begini, Encik suami baru balik dari kerja, bila lift dah sampai, suami masuk di dalam lift. Tetiba nampak satu keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lift, dia pun halang pintu dari tertutup, keluarga tersebut masuk (tanpa mengucapkan terima kasih).

Gambar - Google
Satu lagi pasangan lain yang juga berlainan bangsa masuk, dan senyum sambil mengangguk pada suami.... Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian "ballet", usia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum melihat anak kecil tersebut dan terus menegur...'Hi... just came back from ballet?" Anak kecil tersebut menjawab, "I don't talk to stranger....espacially Malay". 

Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut. Beliau hanya memandang siling lift dan diam. Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut "Why Malay?", jawapannya, "Malay all stupid". Wow!! 

Suami menoleh kepada bapa kanak-kanak tersebut, mengharapkan ucapan sorry atau apa2 saja alasan dari bapa kanak-kanak tersebut tetapi dia terus diam dan hanya pandang siling dan dinding. 

At last, suami saya dah tak tahan, terus cakap "Never mind kid, because Malay all stupid you are allowed to stay at Malaysia but dont worry, new Malay generation, they are very clever, they might sent u back to your origin country". 

Saya sendiri tidak setuju dengan kata-kata tersebut, tapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut terus membisu. Akhirnya ibu kanak-kanak tersebut bersuara dengan marah "You shoudn't say like that to my daughter!".

Kata suami saya "At the first place, u should stop your daughter from saying like that!" 

Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap berlainan bangsa. Apa yang ingin saya tekankan, samada suka atau tidak, Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semuanya rakyat Malaysia. Untuk itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati dan sifat toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal. 

Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak-anak kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka bangsa sendiri. Apa akan jadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti generasi kelak akan lebih sengsara dan akan sentiasa hidup dalam ketakutan. 

Saya setuju dengan cakap suami, "Dengan mengajar anak-anak begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri". Cuba bayangkan bila mereka berjumpa orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar pergaduhan berlaku, kecederaan dan berkemungkinan besar boleh kehilangan nyawa. 

"Pada ketika itu, siapa yang perlu kita persalahkan?" Kita hanya ingin hidup aman dan gembira... Alangkah indahnya seandainya kita didik anak-anak kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada. 

Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang, semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu....