t>

Breaking News

Insiden 3 Beranak Dibunuh Kejam, Mangsa Terselamat Merayu Agar Tidak Dibunuh.

Dipukul menggunakan tukul besi serta berlaku pergelutan sebelum mangsa merayu untuk tidak dibunuh oleh suspek pembunuhan tiga beranak di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, petang semalam.

Menurut Kha Xing Rhuu "Saya berkali-kali merayu kepada dia (suspek) supaya jangan bunuh saya," kemudian suspek melarikan diri memetik laporan Berita Harian Online hari ini.

Jelasnya ketika kejadian,  Xing Rhuu, 15, dan adiknya, Kha Zee Hanz, 13, baru pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang dan ketika itu suspek turut berada di rumah serta mengarahkan Zee Hanz mengambil fail di dalam van yang diparkir di luar rumah manakala dia masuk ke dalam rumah.

"Sebaik masuk ke dalam rumah saya sangat terkejut melihat ayah dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah, lantas saya terus menghubungi seorang rakan melalui telefon.

"Ketika sedang bercakap di telefon, saya ternampak suspek sedang memukul dan bergelut dengan Zee Hanz di dalam van dan sebaik suspek ternampak saya menggunakan telefon dia terus meluru ke arah saya," katanya.

Selepas kejadian, baru dia menyedari seorang lagi adiknya, Kha Xing Shyen, 8, berada dalam rumah dan menyorok di bawah kerusi.


Xing Rhuu yang dirawat akibat kecederaan di bahagian kepala dan lebam di bahu kanan dibenarkan keluar sebentar tadi bagi menghadiri upacara pengebumian tiga ahli keluarganya yang akan diadakan di Kampung Balai, Bachok, esok.

Suspek dikenali Sharat Eh Wang@Pot, 31, dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat sedang diburu polis.

Mangsa yang mati dikenali Eng Ni dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Zee Hanz.

Tambahnya, dia langsung tidak menyangka suspek tergamak melakukan pembunuhan terbabit memandangkan hubungan lelaki terbabit dengan keluarganya amat rapat dan sudah bekerja dengan bapanya lebih tiga tahun.

"Saya tidak tahu motif dia membunuh ahli keluarga saya kerana sebelum ini tiada sebarang masalah yang timbul dan dia juga sudah dianggap sebagai ahli keluarga," tambahnya.