t>

Breaking News

Pelanggan Luahkan Kekecewaan, Prudential & AIA Enggan Bayar Bil Hospital Pemegang Polisi.

Oleh : Dato' Zulkefli Nordin

HENTIKAN SIKAP TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SYARIKAT INSURAN ! PRUDENTIAL ! AIA ! 

Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil Hospital isteri saya berjumlah RM24K. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil Hospital. Bayangkan untuk menyediakan wang berjumlah RM24K dihujung minggu. 


Kami diyakinkan boleh buat tuntutan selepas keluar wad dengan Prudential. Malangnya sehingga kini sudah lebih 6 bulan tiada apa apa perkembangan. Saya terus membayar bayaran bulanan Polisi insuran isteri saya tanpa gagal selepas itu. Tiada respond bertulis dari Prudential sama ada kami perlu meneruskan bayaran atau berhenti.

Apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar sabar dan terus bersabar. Saya simpati dengan kesungguhan agen Prudential kami yang juga sahabat baik keluarga kami untuk membantu tetapi apakan daya Prudential seperti tidak ada perasaan untuk melihat isu ini sebagai isu yang membebankan pemegang Polisinya. 


Kami ingat cuma Prudential sahaja yang bersikap demikian. Semalam anak saya hadir ke Unit Kecemasan Hospital Tropikana Kota Damansara kerana beliau demam agak panas dengan batuk yang agak teruk. 

Jam 4. petang beliau mula dirawat di Wad Emergency Hospital Tropikana Kota Damansara. Malangnya sehingga jam 8 malam baru AIA memutuskan untuk tidak meluluskan Surat Jaminan (GL) mereka. Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. 

Bila isu ini saya rujuk kepada Dr yang bertugas, Dr yang bertugas tersangat kecewa dengan tindakan AIA. Terkeluar dari mulut Dr itu sendir bahawa beliau memang fedup dengan cara syarikat Insuran bekerja. Ini bukan kes pertama katanya. Banyak kali perkara yang sama berlaku terhadap pesakitnya.

Atas budibicara Dr tersebut sekali lagi beliau hantar lapuran perubatan ke AIA dengan menjelaskan butir butir penyakit yang dihidapi oleh anak saya. 

Anak saya hanya demam panas dan jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Tetapi amat perlu dimasukkan segera ke wad untuk dimasukkan antibiotik ke badannya. Sekali lagi AIA menjawab mereka perlu study kes dan kami dinasihatkan membayar terlebih dahulu segala bil.

Apakah begini caranya syarikat insuran di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdayakan pemegang Polisinya? Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayarnya terlebih dahulu? 

Bila bil dibayar oleh pemegag polisi bila pula tuntutan boleh diluluskan? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24K yang kami bayar entah bila nak diputuskan ?! Janganlah perbodohkan rakyat. 

Bank Negara perlu tegas dalam isu ini. Terlalu mudah syarikat insuran dinegara ini melepaskan tanggungjawab mereka! Kerajaan perlu bertindak tegas. Saya rasa saya bukan mangsa yang pertama. Ramai diluar sana yang telah teraniaya