Radhi Ahli PAS, Jika Jemput Juga EXCO Kedah Enggan Hadir - TMJ Mahu UMNO Kedah Jaga Mulut.
Oleh : FAM
SAYA TELAH BERHUBUNG DENGAN FMLLP UNTUK MENCETAK 1,000 KEPING TIKET JIKALAU BOLEH UNTUK PENYOKONG KEDAH YANG DIANIAYAI OLEH PIHAK TERTENTU. SAYA JUGA AKAN MENDEDAHKAN BEBERAPA PERKARA UNTUK PENGETAHUAN PENYOKONG BOLA SEPAK TANAH AIR.
Saya akan menghubungi Dato' Haji Hamidin Haji Mohd. Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLPuntuk bertanyakan sekiranya mempunyai lebihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar diberikan kepada penyokong Kedah yang tidak mendapat tiket.
Perhubungan antara penyokong Kedah dan penyokong Johor sekarang ini agak tegang jika dibandingkan dengan sebelum ini. Ia pelik apabila perkara ini tidak terjadi ketika kepimpinan sebelum ini. Inilah terjadi apabila ada Menteri Besar yang kurang tegas dan terdapat orang bawahan yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan kedua pihak demi politik masing-masing. Agenda politik tidak boleh ada di dalam bola sepak. Penyokong Kedah dan penyokong Johor tidak perlu bergaduh antara satu sama lain. Jika kita bergaduh, inilah yang mereka mahukan. Inilah agenda dan strategi yang digunakan dari dahulu lagi oleh parti politik iaitu 'divide and conquer'. Kita semua harus terus bersatu untuk terus menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak. Mereka banyak duit dan bukan sahaja berkawan dengan wartawan, tetapi mereka juga menggunakan saluran 'cybertroopers' dalam media sosial untuk memecahbelahkan rakyat. Orang-orang sengaja menulis sesuatu isu hangat antara dua pihak ini supaya wujud pergaduhan. Apabila kita bergaduh dan saling berpecah-belah, mereka yang untung. Nasihat saya kepada anda semua adalah jangan termakan umpan mereka.
Baru-baru ini, ada seorang exco persatuan dan orang dalam persatuan yang menjaga satu 'group chat' di mana dalam kumpulan tersebut terdapat beberapa orang dalam media, personaliti sukan termasuk beberapa exco FAM sekali. Mereka ini bercakap mengenai bola sepak macam pandai sangat, macam dah bertahun-tahun menguruskan persatuan atau kelab yang maju. Sedangkan semua tiada pencapaian dan hanya pandai bercakap dan setiap hari mengumpat. Orang seperti ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi. Kalau mereka pandai sangat, saya ingin menjemput orang-orang ini semua untuk menguruskan bola sepak tanah air. Sesetengah individu-individu ini pernah berjalan bersebelahan saya. Dia fikir apabila dia bernafas udara yang sama dengan saya, dia adalah segala-galanya. Sedih ia sebenarnya tidak sama sekali. Saya akan dedahkan nama-nama ini ketika sesi perjumpaan Presiden FAM bersama penyokong di Kuala Lumpur nanti.
Baru-baru ini, pihak FMLLP mencadangkan untuk menjemput saudara Radhi Mat Din, seorang lagenda dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah yang juga pemenang Piala Malaysia sebelum ini untuk majlis pembukaan tirai Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada sabtu ini. Walaubagaimanapun, FMLLP telah menerima ugutan daripada exco Kedah, Dato Aminuddin yang tidak akan menghadiri perlawanan tersebut jikalau saudara Radhi hadir pada malam itu. Ini disebabkan kerana saudara Radhi adalah seorang ahli parti PAS. Saya tidak kisah anda sokong PAS atau UMNO, kerana yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik. Saudara Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia.
Individu-individu ini juga adalah dalang yang menyuruh FAM menanggung sendiri kos jika mahu mengadakan mesyuarat exco FAM di Kedah. Ia seolah-olah tidak bersetuju untuk FAM ke Kedah dan memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan penyokong bola sepak di Kedah yang saya hormati. Sedangkan sebelum ini, mesyuarat exco yang diadakan di Sabah dan Terengganu, Sabah membayar semua kos dan begitu juga dengan Terengganu turut menanggung kos tersebut kerana ini adalah satu kerjasama dimana bola sepak adalah hak milik rakyat dan kami bersama-semua negeri bergabung untuk membangunkan bola sepak tanah air. Orang yang ada sikap kepentingan peribadi atau agenda politik tidak patut berada dalam bola sepak.
Yang terakhir, saya tahu ramai individu yang berada dalam FAM kurang senang dengan saya kerana saya yang menandatangani cek dan membuat keputusan berkenaan penaja-penaja. Tidak macam dahulu semua orang boleh buat duit. Saya tiada niat nak menyekat rezeki orang cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada saya untuk menjaga duit persatuan. Kalau dahulu, pengacara televisyen yang isterinya kerja dalam FAM pun boleh pergi bercuti menggunakan bajet FAM. Sekarang ini minta maaflah tiada lagi sikap 'cronism'. Ada juga orang di dalam FAM yang menunggu pasukan kebangsaan kalah, lantas menggesa sesetengah media dan portal media sosial untuk menghukum Presiden FAM. Ia bertujuan kononnya ingin memberi tekanan kepada saya dan berharap saya meletak jawatan untuk mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti tertentu di dalam FAM.
Saya juga ingin menasihatkan kepada pemuda Umno Kedah, jaga sikit mulut anda semua. Di dalam sukan bola sepak kita sepatutnya bermusuh hanya di dalam padang sahaja bukan di luar padang. Jangan lupa parti politik awak dilahirkan dimana, dan belajar hormati Institusi. Apabila menjadi ahli politik, tugas anda adalah berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat, bukan menjadi ahli politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor