Warga Emas Dipenjara 24 Tahun & 48 Sebatan Selepas Bersalah Rogol Anak Sendiri.
Seorang warga emas berasal dari Kelantan yang berusia 60 tahun dihukum penjara 24 tahun dan 48 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu tadi kerana kesalahan merogol anak kandungnya tiga malam berturut-turut.
Hukuman tersebut diputuskan oleh Hakim Nazri Ismail setelah mendapati tertuduh bersalah merogol anaknya yang berusia 15 tahun sebulan lapor Sinar Harian.
Menurut fakta kes, tertuduh didapati merogol anaknya yang kesepuluh daripada 12 adik beradik itu di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Datu Sering.
Ketiga-tiga kejadian rogol tersebut berlaku antara jam 1 dan 1.30 pagi pada 22, 23 dan 24 November tahun lepas.
Tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akamal Hasan Basri manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias.