6 Wanita Bergaduh Guna Helmet, Kayu, Pisau Bagaikan Samseng Kerana Media Sosial, Seorang Dilaporkan Cedera.
Pertemuan
enam wanita untuk menyelesaikan perselisihan faham berakhir dengan
tragedi selepas salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam
kejadian di Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way,
Petaling Jaya dekat sini kelmarin lapor Utusan Online hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din
berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, sekumpulan empat
wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan
perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum
berlakunya pergaduhan.
“Dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau.
“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Ujar Mohd. Zani, suspek berusia 20 tahun kemudian ditahan di Little India, Klang Selatan pada pukul 12.50 tengah hari semalam dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Gambar Hiasan |