Kalau Allah Tak Uji Dulu Mungkin Kami Tak Hargai Semua Nikmat Yang DiberiNya..
Oleh : Azila Mahmood
Berapa ramai orang yang Kak Ila lihat sangat lemah ketika ini. Mereka hilang semangat yang pernah mereka ada satu ketika dulu. Macam tak percaya kan?
Akan ada satu ketika kita hilang keyakinan pada diri sendiri. Tengok cermin dan langsung tak bangga pada diri.
Benar, dalam hidup sentiasa akan ada fasa. Fasa-fasa yang berlainan dan dilengkapi dengan cabaran dan dugaan yang berbeza.
Sabar. Perkataan yang mudah nak ungkap. Tapi sejauh mana boleh sabar?
Pada zaman susah, family semua tahu keadaan Kak Ila. Mama lah yang akan bagitahu adik beradik yang lain. Semua nampak risau. Semua suruh cari kerja.
Yela, siapa tak risau tengok adik sendiri makan bercatu. Dahla baru ada anak selepas 4 tahun berkahwin. Memang diorang tak konfiden tengok tahap kewangan kami.
Semuanya kerana memilih bidang berniaga. Hidup makin susah. Walaupun suami kerja di Jabatan Audit Negara, tapi gaji dia pun habis gara gara kena bayar hutang. Takda siapa sokong kami berniaga dah. Segulung Ijazah mula dipersoal?
Kenapa tak guna?
Belajar tinggi tinggi tapi hidup susah. Sampai orang tua mula mempertikai. Pergila kerja. Akak Bronis paham. Orang tua manala sanggup tengok anak hidup dengan hutang yang keliling pinggang.
Bank call tak henti henti.
Tak cukup dengan call kami, diorang call abah dan juga opis suami. Malu masa tu memang dah takda. Takda pilihan. Terpaksa hadap.
Diluar Kak Ila nampak kuat sekali. Depan keluarga memang takkan tunjuk. Kami masih hidup bahagia walaupun kesempitan hidup.
Namun, tipula kekuatan ini tak pernah hancur. Sesekali tembok besar kesabaran ini roboh juga. Kewarasan akan hilang sebentar.
Bilik tengah dirumah ini menjadi saksi. Raungan Kak Ila. Menyalahkan diri, menyalahkan takdir. Menyalahkan suami. Menyalahkan semuanya. Semangat masa tu dah jadi macam debu dibawa angin.
Hilang.
Kenapa hidup aku susah macamni? Kenapa aku tak pernah senang? Apa salah aku? Apa dosa aku? Soalan soalan macam orang takda agaman akan keluar masa tengah merauang. Berkali kali suami ketuk pintu.
“Bukalah pintu ni sayang, abang nak masuk.”
Selepas tenang, akak bronis buka pintu dan suami akan masuk bilik bersama Aisyah yang masih baby. Suami mula memujuk. Sabarlah sayang, ini dugaan hidup kita. Janganlah jadi macamni. Abang tak sanggup nak tengok.
Namun pujukan pun takkan mampu menenangkan hati yang tengah hancur. Hancur menahan sabar sekian lama.
Sabar ketika melihat susu anak hanya bertahan untuk malam ini sahaja tapi taktau nak korek duit kat mana untuk beli susu keesokan harinya.
Sabar ketika tuan rumah datang depan pagar rumah minta duit sewa yang dah tertunggak 3 bulan.
Sabar ketika anak yang masih baby demam panas sebab naik kereta yang aircond rosak dan tak mampu baiki.
Sabar ketika kereta habis minyak masa bawa anak pergi klinik ketika masih dalam pantang.
Sabar ketika setiap kali bawa mama abah naik kereta dan terpaksa lari bila jumpa polis sebab setahun pakai kereta tak bayar roadtax.
Sabar ketika melihat mama dan abah kesempitan wang tapi langsung tak mampu nak tolong.
Allah.
Allah.
Allah
Tenung wajah sorang sorang. Wajah suami. Wajah ibu bapa. Wajah anak. Rasa sungguh tak berguna. Rasa sangat sangat gagal dalam hidup. Kenapa aku tak mampu bahagiakan manusia manusia yang paling aku sayang dalam hidup.
Kadang soal pada suami. Maaflah abang kawin dengan isteri yang takda kerja tetap. Kalau abang kahwin dengan perempuan yang bekerja, pasti hidup abang tak susah macam ni.
Suami macam biasa. Tak pernah sikit pun merungut. Tak pernah sikit pun menyesal. Tak pernah terdetik sedikit pun abang menyesal berkahwin dengan sayang.
Lepas puas meraung. Lepas puas menangis. Terus tido dan lupa semua.
Esoknya bangun macam biasa dan sambung berfikir bagaimana mahu jadi usahawan berjaya. Itu saja yang ada dalam kepala setiap masa.
Bila dah waras, doa pada Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Aku tak mampu. Aku penat. Tolong aku Ya Allah. Aku redha Allah ujian ini. Pasti Kau mahu ajar aku sesuatu. Tapi Ya Allah, kesabaran aku makin mengecut dan kekuatan aku makin hilang. Tolong aku Ya Allah. Kalau Allah tak tolong kuatkan aku, aku pasti rebah.
Untuk memujuk diri, Kak Ila selalu akan pandang orang yang lebih susah. Akak Bronis akan cakap. Alhamdulilah. At least aku ada rumah untuk berteduh. Rumah batu. Aku siap ada TV LCD.
Aku ada suami dan anak yang baik. Serta kedua dua belah keluarga yang cukup sempurna. Mama abah serta mertua yang sayang kami. Banyak ja Allah bagi ni. Takkan nak mengeluh lagi.
Bila fikir macam ni terus rasa kuat. Rasa relax.
2 tahun selepas itu. Alhamdulilah. Allah tak kejam. Allah tak zalim. Allah uji sekejap saja. Tak sampai 2 tahun pun. Tapi sebagai manusia biasa memang rasa lama. Rasa macam azab sangat. Itu baru 2 tahun saja Allah nak tengok.
Barangkali kerana tak pernah hilang keyakinan pada Allah, dan sentiasa sabar harungi segala ujian yang tak terjangkau, kini Allah kirim pelangi.
Kini akak sedar. Tak mudah menjadi seoang dewasa. Hidup takkan pernah terlepas dari ujian. Kadang hidup terasa tenang seperti laut yang luas. Kadang laut bergelora dan ombak menghempas. Semua ni takkan berhenti. Inilah kehidupan.
Kini kami dah keluar daripada kesusahan. Pengalaman lepas membuat kami lebih menghargai setiap rezeki yang Allah bagi.
Dapat beli susu anak untuk sebulan terus.
Allah, syukurnya rasa!
Dapat beri keselesaan pada anak. Rumah dari ruang tamu sampai ke bilik ada aircond. Tak perlu berpanas lagi sayang.
Dapat bawa mak abah pergi bercuti dengan selesa tanpa perlu lari dari JPJ lagi.
Dapat hantar mak abah pergi Umrah. Hadiah dari Allah yang terlalu bermakna.
Dapat beli barang dapur untuk sebulan tanpa perlu bercatu.
Allah.
Banyak lagi rezeki yang Allah bagi.
Kalau Allah tak uji dulu, mungkin kami takkan pernah harga setiap nikmat yang Allah bagi.
Kalau Allah tak uji dulu, mungkin kami takkan pernah harga setiap nikmat yang Allah bagi.
Pada kami, semua sebab ihsan Allah. Allah terlalu baik. Allah tarik sedikit nikmat sebab nak kami belajar. Kini Allah beri rezeki untuk kami lebih bersyukur dan lebih sabar.
Terima kasih Allah.
Allah is Number One.