t>

Breaking News

Kemurungan Tu Masalah Rekaan Manusia Yang Tiada Pegangan Akidah..

Oleh : Syapik Hassan

Status aku ni mungkin tak dipersetujui ramai pihak, tapi aku nak jugak suarakan.

Guru saya kata depressi atau depression ni adalah satu "masalah rekaan manusia yang tiada pegangan aqidah". Depressi ni tak wujud sebenarnya. Setiap manusia ada masalah. Ada masalah kecil, ada masalah besar. Ada yang ditimpa masalah sikit-sikit. Ada yang ditimpa masalah bertimpa-timpa tak henti. Bermacam jenis masalah dan ujian yang setiap manusia hadapi. Tak sama. Tak serupa.

 
Tapi, jika seseorang itu ada aqidah, ada tauhid, PASTI dia akan berjaya mengawal hati, emosi, perasaan, dan tingkahlaku, walau besar mana pun masalah, walau banyak mana pun ujian yang dihadapinya. Ya, manusia yang menerima ujian masalah pasti akan tersentak, atau panik, atau kaget, atau shocked. Tapi itu normal pada ketika mula-mula menerima masalah. Iman lah yang kemudiannya memandu kita sama ada menjadi murung (depressed) atau redha/rilek/cool.

Dalilnya terlalu banyak, dalam al Quran Allah inform dah, Dia takkan uji kita melebihi kemampuan kita. Dalam ayat lain Allah berfirman yang Dia bagi kita cubaan dan masalah, adalah sebagai ujian keimanan untuk kita (al-Ankabuut ayat 2). Dalil lain, rukun iman suruh kita percaya pada qada' & qadar. Dalil lain di dunia nyata kita ni ialah, amat kecil sangat bilangan manusia yang kuat pegangan agama akan bunuh diri. Hampir tiada. Yang bunuh diri ni kebanyakannya mereka yang tiada agama, atau anuti agama nenek moyang yang bukan berasal dari wahyu, atau agama pagan.

Setiap masalah ada cara atasinya. Ada orang kata setiap masalah ada penyelesaiannya. Pada saya, tidak. Bukan semua masalah ada penyelesaian. Ada masalah-masalah yang kita memang tak dapat selesaikan, atau penyelesaiannya makan masa lama lagi. Tapi setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Atasi dengan Selesai tak sama. Tapi kalau korang rasa boleh selesaikan, sila la selesaikan.



Antara cara atasi masalah ialah ada masalah yang kita kena avoid, atau buat derk, atau pasrah, atau kita kena ubah (bukan selesaikan). 

Contoh masalah kena avoid, kita mengalami sakit kronik seperti kanser, avoid dari ia menjadi lebih teruk, dengan pergi mendapatkan rawatan. Masalah yang kena buat derk contohnya kita ada ibu bapa yang kerap bergaduh, kita kena buat derk jangan campur urusan mereka, dan janganlah biarkan masalah mereka meng-effect diri anda.

Masalah yang kena pasrah pulak contohnya gaji kita kecik dan memang tu je tahap kelayakan kita, dah cuba kerja part time pun duit tak cukup, maka pasrahlah kerana Allah dah pesan Allah tak jadikan semua manusia kaya kerana kalau semua manusia kaya, maka berleluasalah kerosakan di muka bumi.

And then, ada masalah yang kena ubah. Ini paling penting dan efektif. Ubah masalah ni adalah antara cara atasi masalah yang menghampiri kepada penyelesaian. Benda pertama yang korang kena ubah adalah mindset, kena sentiasa bersangka baik terhadap setiap ujian. Kan Allah dah pesan, setiap kesulitan akan ada kesenangan? Belajar untuk cari hikmah di sebalik ujian, berhenti cari keburukan pada setiap masalah. 

Ingat, Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji sebab nak test keimanan kita. Allah uji sebab, well, tak adventure la hidup ni kalau takde masalah, kan? Masuk ilmu falsafah jap. Kalau semua benda dalam dunia ni cantik, maka tak wujudlah cantik tu, sebab takde benda buruk untuk dijadikan perbandingan. Kalau semua benda dalam dunia ni sejuk, maka tak wujud definisi sejuk tu sebab tak ada benda panas untuk dijadikan perbandingan. 

Sama lah dengan ujian. Kalaulah semua manusia hidup bahagia je takde masalah langsung, maka tak wujudlah definisi bahagia tu sendiri, sebab manusia tak mengerti apa tu seksaan. Wujudnya bahagia di syurga kerana makhlukNya tahu kewujudan neraka. Jika kita hanya tahu kewujudan syurga tapi tak tahu kewujudan neraka, pasti setiap dari kita akan melakukan dosa, menyakiti hati orang lain, bebas melakukan apa saja, sebab bahagia dah menguasai diri. 

Percayalah kata-kataku ini. Sebab aku dulu pernah alami depressi. Family aku masa tu tunggang langgang, setahun dua ni baru okey sikit. Aku sampai terpaksa kerja McD seawal usia form 4. Jual kotak kat pusat recycle. Sapu daun kering tepi jalan. Masa tu aku dikira anak yang sedikit diabaikan. Masuk UTM sepenuhnya atas usaha aku sendiri untuk menyara diri (kerja dan PTPTN). 

Sejak form 4, aku tak macam orang lain. Aku cemburu tengok orang lain sebaya aku menerima kasih sayang dari mak bapak dalam family yang cukup bahagia. Aku asyik salahkan Tuhan kenapa Tuhan bagi aku nasib buruk camtu kepada aku, kenapa Tuhan benci aku, kenapa Tuhan jadikan hidup aku seteruk ni. Lagu Pink - Family Potrait sentiasa berlegar dalam fikiran aku.

Belum cite kena masuk lokap, bergaduh dengan orang, kena halau rumah, dalam masa sama tak dibenarkan duduk asrama, depressi aku sampai tahap aku boleh duduk tepi Pasar Seni kat KL tu 5-6 jam hanya termenung tak buat apa. Kecewa putus cinta masa dulu takyah cakap la, banyak kali. 

Dalam tempoh depressi aku tu banyak benda bodoh dan benda haram aku pernah buat. Sebahagian benda-benda tu masih ada kesan pada diri aku, contohnya parut luka kat tangan aku akibat tumbuk cermin tingkap kelas dulu (UTM) dan cermin papan kenyataan besar (Sekolah teknik) sampai sekarang ada. Syukur masa tu ada kawan-kawan kepala gila-gila kat McD dan housemate masa UTM, yang menenangkan jiwa aku, tapi walaupun begitu, cara tu yang kurang betul.

Lepas mengaji agama baru aku sedar, walau ketika tu aku sedang hadapi masalah yang sama, tapi mindset aku terhadap masalah tu dan cara aku hadapi/atasi masalah tu berbeza. Hati aku yang dulu gundah gulana, muka senyum fake tapi hati tak keruan, nak cari jawapan, dulunya aku pernah 3 kali fikir nak bunuh diri, tapi makin lama belajar agama, aku makin faham semua masalah ni tak lain tak bukan ketetapan yang Allah beri pada aku.

Bila baca dalil-dalil dari al Quran dan hadis, keterangan ulama tafsir, (dengan berpandukan tunjuk ajar guru agama yang benar) baru aku faham masalah yang aku hadapi selama ni adalah rahmat dan hikmah yang amat besar kepada aku. Ada masalah yang aku hadapi tu sebagai contoh dari Allah supaya aku jangan buat camtu jugak. 

Kemudian aku tersentak, rupanya selama ni aku murung dan depressi bukan saje sebab aku takde ilmu agama. Tapi sebab aku jauh dari Allah. Aku abaikan solat. Solat sekali sekala. Kalaupun solat, masa tu aku solat sebab malu orang kutuk atau solat nak dapat pujian manusia. Masa dulu tu la. 





So semuanya adalah dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu agama, aqidah, tauhid, tasawuf. Semua ni PASTI menenangkan jiwa sebab itu lah janji Allah kepada mereka yang sentiasa mengingati Allah dan mengkaji ayat-ayatNya.

Jika anda alami depressi atau syaki anda alami depressi, carilah bantuan. Pada pendapat saya, cari kaunseling saje tak cukup. Anda kena cari orang agama untuk mengajarkan agama supaya anda hidup dalam kehidupan beragama. 

Wallahua'lam.

Anda tak setuju tak apa. Ni pandangan berdasarkan pengalaman saya saje.

Sekian.