t>

Breaking News

KLIA Bolos Angkara Pegawai Imigresen Tak Amanah, Duit Haram Tak Lagi Digeruni Kata Uzar..

600 pegawai imegresen di KLIA ditukarkan? dari 900 orang? (saya dimaklumkan oleh pegawai imigresen 900 adalah jumlah yg betul dan bukannya 1500 orang yang dilapor akhbar).
Membaca berita ini membawa seribu satu macam rasa, namun lebih cenderung berdukacita..
🔑    Gembira kerana mereka yang korup telah dikenakan tindakan..iaitu merujuk kepada beberapa orang yang telah ditangkap, namun 600 orang yang ditukar bukan semuanya sabit korup cuma plan TPM untuk bersihkan reputasi jabatan imigresen KLIA (menurutnya dalam wawancara).
🔑    Gembira kerana pihak berwajib dapat juga mengenalpasti dan bertindak.
📌   Dukacita mereka sebegitu ramai yang mungkin disyaki kurang integriti di sebuah tempat yang sebegitu strategik
📌   Dukacita kerana disyaki boleh culasnya mereka dalam memikul amanah besar di pintu masuk negara
📌   Dukacita kerana pastinya majoriti mereka adalah beragama...namun tidak dipratis dalam kerjayanya
📌   Dukacita kerana mereka membahayakan negara dengan mudahnya masuk pelbagai ancaman akibat 'boleh dibeli'
📌   Dukacita mereka hancurnya rasa berdosa dan iman mereka (jika muslim) sehingga menjadi hamba kepada wang.
📌   Dukacita kerana jika jumlah sebegitu besar perlu dipindahkan untuk mengembalikan kepercayaan, itu menunjukkan telah begitu lama, menebal & terlalu biasa praktis ini di pintu masuk negara.
📌   Dukacita kerana adakah mungkin gaji mereka terlalu kecil sehingga sanggup gadaikan keselamatan negara?
📌   Dukacita kerana bimbang itu juga trend di jabatan penting yang lain di dalam negara.
Malunya ahli keluarga jika pasangan dan keluarga kalian terlibat.
Bagaimana pula di sempadan negara, di pelabuhan-pelabuhan?
Duit haram tiada lagi digeruni..resepi kerosakan dalam diri, keluarga dan negara. Bertaubatlah khususnya bagi yang beragama Islam selagi nyawa dikandung badan.
sumber berita :