t>

Breaking News

Kronologi Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga Yang Dibunuh Dan Dibakar Di Sepang.

Pada rabu 13 Disember 2017, media melaporkan empat sekeluarga dibunuh kejam. Keluarga itu dilaporkan dikelar dan kemudiannya rumah mereka dibakar bagi menghapuskan bukti. 

Berikut adalah kronologi kejadian tentang insiden yang memilukan itu.

Kronologi;

1. Pada awalnya, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kebakaran di lokasi Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat pada 6.08 pagi dan 15 anggota serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.

2. Selepas api dipadamkan, empat mangsa ditemukan dalam kejadian berkenaan. Turut dilaporkan, rumah itu musnah sepenuhnya termasuklah kesemua barangan berharga yang terdapat di dalam rumah itu.

3. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, siasatan polis mendapati ada kesan tetakan pada tubuh kesemua mangsa yang ditemui di tempat kejadian.

4. Pihak polis kemudiannya membawa kesemua mayat ke Hospital Banting untuk dibedah siasat. 


5. Susulan penemuan itu, pihak polis juga mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

6. Mangsa dalam kejadian ini ialah; 

- Lim Mai Shak, 68 tahun.
- Chia Tee Nang, 73 tahun.
- Ryan Chia Zeng Xi, 10 tahun.
- Chia Yuan Bin, 3 tahun.

7. Hubungan mangsa ialah Lim dan Chia ialah suami isteri yang juga warga emas. Manakala Ryan dan Chia ialah adik beradik seibu-sebapa. Ryan dan Chia juga merupakan cucu mangsa-mangsa yang terkorban. 

8. Dalam kejadian 6 pagi itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang berumur 12 tahun berjaya menyelamatkan diri. Beliau dilaporkan menyorok di dalam bilik air di rumah berkenaan sebelum meloloskan diri dari tempat kejadian.

9. Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri ialah abang kepada Ryan dan Yuan Bin.

10. Menurut kenyataan mangsa yang tidak dikenali namanya itu, beliau melihat ada lelaki yang memasuki rumahnya dan mengelar datuk dan neneknya. Kanak-kanak itu dilaporkan trauma dengan kejadian dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Polis merumuskan pelaku adalah individu yang dikenali oleh keluarga malang itu.

11. Selepas melakukan penyiasatan, polis akhirnya berjaya menahan suspek yang juga seorang OKU pendengaran (pekak) dan pertuturan (bisu). Menurut maklumat media, lelaki itu berusia 38 tahun, kekasih kepada anak perempuan mangsa-mangsa warga emas yang terkorban dan berasal dari Kepong. 

12. Suspek turut dilaporkan telah bercinta dengan anak perempuan mangsa selama setahun dan sering mengunjungi rumah tersebut bersama anak perempuan mangsa yang berusia 30 tahun. 

13. Anak perempuan mangsa dilaporkan berkenalan dengan suspek selepas bercerai dan menjalinkan hubungan.

13. Polis melaporkan motif kejadian adalah angkara hutang yang dimiliki suspek. Suspek dikatakan mempunyai masalah hutang dan meminta tolong dari Chia. Suspek mahu meminjam duit bagi membayar hutang-hutangnya kepada beberapa orang bagaimanapun Chia enggan memberikannya pinjam.

14. Mereka kemudiannya bertengkar dan itu mendorong tindakan suspek membunuh empat sekeluarga itu dengan cara mengelar dan membakar.

15. Polis turut memaklumkan suspek ditahan pada jam 1 pagi. Suspek ditahan oleh Anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika suspek berada di lokasi sebuah rumah kedai di Taman Pusat Kepong.

16. Suspek turut dilaporkan mendapatkan rawatan untuk kecederaannya di salah sebuah klinik swasta selepas kejadian.

17. Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

18. Suspek bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong.

19. Polis turut mendapat perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Kuala Langat.

20. Suspek turut dilaporkan bertindak sendirian dalam kejadian yang kejam ini.

21. Dengan penahanan suspek, polis menganggap kes ini telah selesai.