t>

Breaking News

Pembunuhan Shell Taman Pelangi : Kenapa Tiada Siapa Bantu Mangsa Luah Chef Wan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuan Ismail di Instagramnya meluahkan kekecewaan terhadap orang awam yang berada di lokasi kejadian kerana tidak membantu menyelamatkan mangsa yang dibunuh di Shell Taman Pelangi pada ahad lepas.

Menurut chef selebriti yang terkenal di Malaysia itu, beliau merasa sakit hati melihat pembunuhan tersebut bagaimanapun apa yang lebih menyedihkan ialah tindakan orang awam yang tidak membantu malah hanya melihat sahaja kejadian kes pembunuhan secara terbuka di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini, luahnya.



Dalam status tersebut Chef wan dipetik sebagai berkata:

"Sakit hati tengok video yang viral pagi ni, seorang lelaki dibunuh. Apa yang lebih menyedihkan dan kesian adalah tiada siapa pun yang mahu membantu menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia bila berlaku kekejaman yang tidak bertanggungjawab seperti itu. 

Rakam kejadian itu juga membantu pihak polis. Walaubagaimana pun, untuk kes ini dah terlambat. Jika keluarga kita atau kita sendiri mati katak macam tu bagaimana?

Apa yang terjadi sangat menyedihkan sebab tiada siapa yang ingin membantu. Juga bagaimana seseorang bertindak dalam situasi tersebut tanpa membahayakan diri kita. Saya harap ada yang menelefon pihak polis dengan segera."



Kata-kata Chef Wan itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizens yang mengikuti post berkenaan.

Serana Raif : "Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya rasa semua yang tengok kejadian itu terkejut dan panik. Nak tolong pun ragu-ragu sebab penjenayah itu bersenjata".

Nur Norizan :
"Tu la. Kenapa masyarakat sekarang macam takde perasaan?"

Mohd Amran :
"Saya yakin pasti ramai yang terdetik rasa ingin membantu dan ada yang telah menghubugi polis. Tetapi mereka lebih memikirkan keselamatan diri terlebih dahulu. Chef Wan patut lebih rasional bila berkata-kata". 

Jaja : "Telefon polis dulu baru rakam. Ada banyak orang di situ. Kenapa tak berbincang sesama mereka?".

Kenyataan Chef Wan itu sebenarnya turut dipertikaikan oleh ramai netizens lain yang mempunyai pendapat sama seperti selebriti terkenal dalam bidang masakan itu.

Dan perkara itu menjadi polemik di laman sosial apabila netizens berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengkritik dan mempertikaikan tindakan orang awam yang merakam video tanpa membantu mangsa dengan satu lagi kumpulan bertentangan iaitu di pihak yang mempertahankan tindakan orang awam yang merakam video tanpa membantu mangsa. 

Untuk rekod, kesemua suspek yang terlibat dalam insiden tersebut masih lagi belum ditahan oleh pihak polis dan polis turut mengesahkan kes berkenaan adalah pergaduhan di antara dua buah kongsi gelap. - SoZPress.