Ramai Netizens Dengar Lagu Dato Aliff Di Youtube Semata-Mata Mahu 'Dislike' Kerana Bencikan Sajat.
"Lagu boleh tahan. Takde la teruk nau macam lagu DSV (Dato Seri Vida). Tapi sebab Sajat aku tetap nak klik dislike juga kat video ni. Padan muka DAS (Dato Aliff Syukri)," komen salah seorang netizens yang melayari lagu terbaru Dato Aliff di Youtube semata-mata mahu 'dislike' klip video tersebut.
Terdahulu Dato Aliff (selepas ini DAS) meluahkan kekecewaan di Instagram miliknya kerana lagu terbarunya mendapat lebih banyak dislike berbanding like di Youtube.
"Kenapa orang tekan button unlike kat Youtube lirik video saya," soalnya pada semalam.
Ketika itu gambar tangkaplayar yang dikongsikan DAS memaparkan jumlah LIKE sebanyak 5,000 manakala jumlah yang DISLIKE sebanyak 25,000; berganda-ganda bezanya dari jumlah yang menyukai lagu tersebut.
Bagaimanapun selepas luahan DAS itu dilaporkan secara berleluasa oleh Awani dan portal-portal hiburan, jumlah LIKE dan DISLIKE ke atas klip video tersebut naik melonjak di mana jumlah LIKE menjadi 14,000 manakala jumlah DISLIKE menjadi 106,000 banyaknya. Semakin ramai yang tampil dan klik DISLIKE.
Berdasarkan pemerhatian penulis, netizens seolahnya seperti mengadakan kempen ataupun protes terhadap DAS bagi menzahirkan rasa benci dan marah terhadap Sajat yang turut ditampilkan dalam klip video berkenaan.
"Jangan lagi lagu duet dengan Sajat," - Zira.
"Disebabkan Sajat lagu ini dapat banyak DISLIKE," - AraminKok.
"Pergi pujuk hati si dara? Sajat si Dara? Bukan teruna," - Chris.
"Kami tak sokong LGBT," - Hakim Asri.
"Patutlah 'abang nak tegur'. Rupanya ada dua abang," - Ain Natasha.
"Mohon hapuskan Sajat dalam MV mahupun lagu kalau nak success," - Zaza Zainuddin
Sajat yang turut ditampilkan dalam klip video berkenaan didakwa ialah seorang lelaki yang telah bertukar menjadi wanita.
Bagaimanapun Sajat beberapa kali menjelaskan bahawanya dirinya adalah seorang wanita dan khunsa. Bukan seorang lelaki. Malahan dilaporkan akan berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya pada tahun hadapan.
Baca : Dokumentari RTM Sahkan Sajat LGBT
Berang dengan dakwaan Sajat, netizens mula mengumpulkan saksi dan hujah bagi membuktikan Sajat ialah seorang lelaki sejati dan bukannya khunsa ataupun wanita.
Beberapa kawan lama Sajat terutamanya kawan sekolah tampil menulis dan mendedahkan identiti sebenar jantina Sajat. Malahan Sajat turut didedahkan pernah muncul dalam satu rancangan dokumentari yang memaparkan realiti sebenar kehidupan LGBT - Pondan, Bapuk, Maknyah suatu ketika dahulu.
Surat terbuka dan desakan juga dibuat ke atas agensi agama bagi menghalang Sajat dari terus mempromosikan dan menghalalkan LGBT.