t>

Breaking News

Tambang Bas Sekolah Sesi 2018 Naik Di Antara RM10 - RM20.

Tambang bas sekolah bagi sesi 2018 yang akan bermula Januari depan mungkin akan dinaikkan berikutan peningkatan pelbagai kos yang terpaksa ditampung pengusaha.
Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, perkara itu tidak dapat dielak berikutan pengusaha terpaksa menampung kos operasi yang tinggi, terutama membabitkan kos baik pulih kenderaan yang semakin meningkat lapor Berita Harian.
Berita NTV7
"Berikutan harga minyak yang tidak menantu pada masa kini, saya menjangkakan berlaku sedikit peningkatan harga tambang bas sekolah bagi membolehkan pengusaha bas sekolah terus bernafas dan mampu menjalankan perkhidmatan.
"Jadi, kami menjangka akan berlaku kenaikan sebanyak RM10 bagi tambang bas di kawasan luar bandar dan RM20 bagi tambang bas sekolah dalam bandar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Ke-6 yang di Dewan Orang Ramai Taman Meru di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputra Ipoh, Rokiah Yeop.
Mohd Rofik berkata, pengusaha bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kos minyak yang tinggi, tetapi kadar semasa baik pulih kenderaan dan alat ganti kenderaan juga dilaporkan meningkat antara 50 hingga 80 peratus.
Katanya, ketika ini GPBSM mempunyai seramai 18,890 ahli di seluruh negara dan jumlah dijangka meningkat kepada 20,000 ahli selepas pembaharuan lesen pada hujung tahun ini.