t>

Breaking News

Teguran Berani Mati Untuk Pensyarah Di Malaysia..

Oleh : Hafidz Moro
Bukan nak kata tapi ramai yang macam ni. Kadang-kadang kesian student belajar benda yang lecturer dia belajar/apply 5-8 tahun dulu. 
Tanyala mana-mana student, mereka suka kalau lecturer tu ada pengalaman kerja. Memang lain pendekatan dengan ilmu yang diberi. Sebab? Sebab dia pernah hands-on. Project yang dia pernah buat LIVE dan mengambilkira faktor komersil. Berbanding dengan yang takde pengalaman kerja, bagi assignment FYP pun advice dengan pendekatan syok sendiri. Bila budak lari sikit dari objektif, terus hentam budak..ye lah sebab dia taktau perkara sebenar..bertahun-tahun ikut buku, mengajar pun ikut buku...
My wife sendiri pun tengah ambil Master, kelas yang lecturer tak pernah kerja tu keras gila asyik tunjuk slide je, slide recycle, lepas itu takde cerita pengalaman troubleshoot system or business..kalau dia kata A, dia nak student dia pun buat A..takde mencuba teknik B takde C. Semua kena ikut teori. 
Bila student atau lecturer lain tegur atau bertanya lebih sikit dari pengetahuan lecturer tu..lecturer melatah, pastu sentap, pastu berdendam. Yang jadi mangsa? Student...sebab nak jaga ego dia. Yang dikejar apa? SETARA, gold medal invention innivation, pastu jadi speaker talk sana-sini, buat projek nak masuk paper masuk majalah..bangga senyum jaguh kampung dalam kampus, pujian kalangan akademik...tapi hakikat? Solve benda hands-on pun tak pernah...kelas lecturer yang pernah kerja diluar, sentiasa penuh..sebab ada banyak teori dan pengalaman yang boleh share skali..
Ada yang terasa? Kalau terasa..berubahlah. Aku pun lecturer juga. Tapi dah 2 kali keluar masuk academic dengan industry. Kalau kau jadi pensyarah sekalipun, jadilah sekurangnya advisor atau associate dengan syarikat luar. Buat sesuatu dalam industri. Benchmark diri tu, kau faham dunia akademik kau aje ke? Sampai bila? Jangan pulak bila ada kawan pensyarah yang buat job luar dalam industri ko menganjing jealous.."uuuu asyukk asyukkk..die lain laaa...asyukkk" ...bengong, move your ass and start doing something laaa..yang kau tercegat selesa lagi kt situ buat apa? Tunggu pencen?
Bila kat industry, topup knowledge..bila balik academic, bagi balik pada student..student akan lebih berani untuk explore benda baru. Ingat, student bukan perlukan 'Tunjuk Ajar' yang ko tunjuk dan ajar ikut acuan ko...tapi ko kena 'Pupuk dan Guide' untuk dia buat sesuatu yang baru tapi dengan asas fundamental yang kukuh dan sesuai dengan kehendak industri. Kesian student untuk masa hadapan...diri kau tu dah lepas, kau kena fikir masa depan.
Padan dengan universiti pun, nak selamat nak playsafe dengan requirement KPT dan MQA..ambil je lecturer yang ada PHD dengan Master. Walaupun pengalaman kerja takde, still amek asalkan cukup kuota jumlah pendidik dalam satu universiti dan fakulti. Just nak buat kerja senang. Padahal ramai yang ada phd, master dan degree yang ade pengalaman dan nak mengajar dan bantu students...tapi sebab bugdet kau nak lecturer murah dan nak selamatkan diri dari 'kenansembur' dengan VC dan CEO kolej kau amek je lecturer yang sebelum ni pun lecturer tak pernah kerja..janji ikut kuota. Yang dah terpilih masuk jd lecturer lepas tu baik dengan dekan, baik dengan pentadbir..apa je dekan cakap semua betul walaupun student tak dapat apa yang mereka nak...sebab? Sebab nak jaga hati dekan yang pilih dia masuk keje situ...
Sekarang ni Universiti pulak dah tak dapat banyak peruntukan..sekarang Universiti dah kena buat projek macam-macam untuk sustain. Dah mula dah lecturer bising kena buat projek itu buat projek ini..kena buat research itu research ini..kerja banyak? Kerja balik lewat? Gaji ciput? Habis yang kat industri ni best laa? Its about time fikir positif..bila universiti kena cari duit untuk sustain organisasi means die kena sustain gaji kau..mengajar pun mesti kaw-kaw sambil tu kau buat project untuk update knowledge diri..dan sambil tu menyumbang untuk student buat projek sama2 dan menguntungkan universiti..be active, participate! Jangan buat sesuatu untuk ambik hati dekan, ketua program dengan VC je..buat untuk diri sendiri dan jugak manfaat untuk students..
Yang nak hidup senang selesa tu kau (lecturer), yang nak belajar dan nak mengubah dunia tu student. Jangan salahkan system pendidikan je..renung juga diri tu dah buat apa. Bagi yang dah buat sesuatu tu..tahniah!! Bagi yang belum..masih belum terlewat untuk upgrade diri..