Dahla Dia Semput, Suami Boleh Pula Merokok & Bakar Bekas Telur Untuk Halau Nyamuk..
Oleh : Izzuddin Hamizan
BAHAYA ROKOK
Semalam pukul 11.45 malam dipanggil bertugas sebab seorang pesakit perlu dimasukkan alat bantu nafas (endotracheal tube) dengan bantuan teknikal menggunakan bronchoscope (fibre optic scope). Sebab tak boleh nak masukkan guna kaedah biasa (laryngoscope intubation).
Bila sampai, tengok pesakit sedang dilakukan tracheostomy (potong salur nafas untuk masukkan trachy tube sebagai ganti hidung & mulut). Namun, doktor tak berjaya kerana salur nafas pesakit terlalu sempit. (Tengok guna scope pun memang terlalu sempit).
Dan akhirnya doktor masukkan alat bantu nafas jenis Microlaryngeal Tube (MLT). Alhamdulillah, berjaya. Balik semula ke ICU.
Lepas kemas peralatan, bacalah serba sedikit sejarah pesakit kenapa masuk icu. Rupa-rupanya pesakit ni ada masalah semput. Datang hospital dengan sesak nafas. Ambil nebulizer 4 kali tak reda. Salur nafas terus menyempit, sampai la doktor terpaksa masukkan tube salur nafas saiz kanak2. Masuk icu untuk proses pemulihan.
Dah la semput, suami kat rumah merokok. Lepas tu, bakar pulak kertas bekas telur tu untuk halau nyamuk. Kau rasa berapa percentage asap dalam persekitaran pesakit ni?
Kau nak merokok ke nak apa ke, lepas dah sedut tu better kau cuci badan kau baru masuk rumah. Secondary smoker atau perokok pasif atau orang tak merokok tapi hidu asap rokok dari perokok adalah berisiko dua kali ganda untuk dapat sakit dan penyakit berbanding perokok itu sendiri. Simpan ni dalam kepala otak kau orang.