t>

Breaking News

Kerja Kilang Lekeh? Moment-Moment Kerja Kilang Yang Anda Tak Akan Dapat Kat Tempat Lain..

Oleh : Raimi Ahmad

Hina sangat ke kerja kilang? (Yang mana dok perlekeh meh baca)

"Kalau hang takda kerja, pi kerja kilang". Dalam mentaliti orang melayu khususnya kalau kerja kilang ni adalah satu pekerjaan yang "lekeh" & kerja yang "tu" adalah kerja yang mulia & menjamin masa depan..its ok.

Banyak yang tanya aku sekarang aku kerja apa disebabkankan aku ni selalu tukar kerja..hehe..jangan kata kawan-kawan, sedara-mara sendiri pun tak tau. Haha. Aku bukan syok-syok tukar-tukar kerja tapi untuk pengalaman aku & diri aku sendiri. Aku nak kembara selagi boleh.

Untuk pengetahuan lu orang sekarang memang aku bekerja sebagai operator kilang. Ini adalah pekerjaan aku yang ke-9 & ini kali pertama aku kerja kilang. Sebelum ini aku kerja lain-lain bidang. Buat direct sales, telesales, office, bulk mailing, penyelia, buruh kasar pun pernah & ada lagi aku tak tau apa nama jawatannya.



Gambar - Raimi Ahmad
Jujur cakap aku dah lama nak masuk kerja kilang ini sejak dari habis sekolah lagi tapi tak termasuk jugak.. tapi selepas bertahun-tahun baru aku dapat masuk dan seriusly baru aku faham kenapa baru sekarang urusan aku ni dipermudahkan setelah bertahun-tahun..

Tapi sebelum tu kan aku nak cerita.. Bila sebut kerja kilang or operator kilang ramai yang ingat keje yang lekeh & takde masa depan. Masa aku buat sales berapa tahun lepas.. banyak custumer aku kerja kilang. Sometime diorang nak apply kad kredit so secara tak langsung payslip mesti bagi kan? Aku pun belek la diorang punya slip gaji ni, uiisshhh 2,000 ke atas, kadang-kadang dekat 3,000.. paling-paling lekeh pun RM1800..


Aku pun tanya la berjawatan apa kan. Kot supervisor or manager ke? Dia cakap operator, bukan sorang aku jumpa masa tu, ramai kot. Jadi masa tu aku terfikir. Tang mana lekeh kerja kilang ni? Dari segi "gaji" ka tau "kerja" itu sendiri? Bukan sorang dua customer tapi banyak customer aku kerja kilang dulu..

Jadi secara tak langsung, aku terasa macam dibodohkan umat Melayu sendiri. Jenis perangai aku ni, aku nak merasai sendiri & aku tak suka sekadar dengar. So awal bulan 3 tahun lepas aku masuk keje kilang ni. Sebelum tu aku kerja penyelia ladang. Hari pertama aku jejak kaki ke kilang ni aku ushar kiri kanan depan belakang. Operator ramai, leader ada, supervisor ada, manager ada, executive ada, technicion ada, engineer ada. Jadi apa yang lekehnya???

Dok belajar tinggi-tinggi ambik kejuruteraan tu kebanyakkannya kena masuk kilang la kan. Nak masuk gomen kot celah mana? Mungkin ada tapi terhad! Masa aku masuk line di kiri kanan aku ini ada kakak-kakak & makcik-makcik so bagi nak tengok realitinya akan apa yang aku dapat tahu pasal gaji operator kilang ni. Aku kecek-kecek sikit kat diorang ini pasal gaji. Hmmm belum sempat habis tanya diorang buka pc tunjuk diorang punya profile bab gaji. Aku pun skodeng tengok gaji ada la dalam RM2300 (bersih) huhuiii aku senyum.

Masa tu kilang yang aku kerja ini hanya bekerja 14 hari saja sebulan dengan basic gaji RM1000. Maksimum OT adalah 8 hari so bersamaan 22 hari kerja & dapat gaji lebih 2K?? So??? Lekeh mende??? Aku pun pernah try buat & gaji aku lebih RM2K, kalau bab kerja? Aku tak fikir lekeh pasal prosedure ketat la hanat! Keluar masuk nak kena scan bagai. Time in & out kena betul. Lu orang kerja boleh keluar masuk senang-senang itulah sebenarnya yang lekeh..time keje pon boleh keluar huhuiii.

Kerja 12 jam berdiri, duduk pun time rehat je. Ada jugak station yang duduk tapi tak semua. Macam aku sendiri kena berdiri 12 jam. So? apa lu orang nak lekehkan orang yang kerja kilang? Aku dah masuk & rasai sendiri macam mana kerja kilang ni & aku fikir tak ramai yang boleh tahan. Aku pun tak tau berapa lama lagi aku akan stay kerja sini tapi secara jujurnya kerja kilang bukan selekeh yang disangka..

Tun Mahathir pernah cakap "Selama lebih 20 tahun saya mungkin berjaya ubah Malaysia tapi saya gagal ubah mentaliti rakyat Malaysia". YUP!, aku tersangat setuju. So sekarang ni pada brader-brader, sister-sister, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik yang kerja kilang tu atau pun yang takde kerja & nak masuk kerja kilang jangan malu & takut dengan mulut & mentaliti orang Melayu tapi diri awak sendiri tu yang perlu ubah. Kita tak boleh ubah persepsi masyarakat tapi awak tu yang harus ubah persepsi awak terhadap kerja kilang ni. Kalau awak sendiri rasa malu kerja kilang itu adalah masalah lagi besar daripada mereka yang mengherdik awak kerja kilang..ada faham???

Tapi ada jugak yang aku jumpa kerja kilang tapi kondem.. ini laaaagi masalah besar. Sebab nampak kerja yang lain lagi bagus. Maybe aku dah teroka banyak keja so aku dah nampak "gamenya"..so tak leh nak salahkan sesiapa, but satu benda yang aku rasa suka dengan kerja kilang adalah "SUASANA".

Kalau awak seorang perantau, suasana adalah moment yang awak akan amati sebaik mungkin dan aku enjoy kerja sekarang. Bukan pasal keje tapi berkenaan dengan suasana. Kalau cakap pasal kerja giler la weii..12 jam berdiri. Duduk pun time rehat best kepala bana ape giler. Baik aku kerja opis boleh ngulat or sambil-sambil buat kerja boleh makan keropok lekor..haha..

Jadikan, apa yang aku boleh katakan suasana kilang ini tidak ubah macam zaman persekolahan. Mula keluar dari rumah naik moto sampai 1 simpang kita akan jumpa geng-geng kilang yang sehala nak ke kilang. Berderu-deru reramai masuk kawasan perindustrian dah nampak bas kilang van kilang & lepas tu semua berpecah ke kilang masing-masing..

Sebelum tumb print semua akan ke loker masing-masing dan sebelum nak sampai ke loker sendiri luorang akan nampak kelibat marka-marka, kakak-kakak, makcik-makcik, berdiri depan loker dok tonyoh lipstik, bedak & pasang bulu mata..hehe..sweet la.

Bila dah masuk buat kerja, moment yang aku suka misalnya dengan tiba-tiba dengar guruh berdentum. Jap lagi mula la dengar suara-suara "wooooo...waaaaa...huhuuuuiiii" then incas or executive pekik, "WEIII-weii APA TU WOWOOO?". Haha then semua senyap, elok lepas executive dah blah, semua pakat gelak haha. Moment-moment macam ini tak ubah macam zaman sekolah. Kalau tetiba ada barang jatuh pun riuh satu line. Barang jatuh line ni line lain yang riuh..haha..

Time rehat pon macam zaman sekolah. Rehat ramai-ramai. Ada yang bercouple, ada dengan suami-isteri, ada dengan geng-geng muda, bujang-bujang, riuh dalam kantin tapiii time balik la paling legend & paling aku suka tengok. Dalam 10 minit sebelum balik incas akan buat meeting apa-apa lebih kurang pasal kerja & untuk sampaikan apa-apa info. Lu orang akan nampak kepala diorang menghadap incas but badan dah pusing belakang, kira betul-betul nak lari balik ja. Elok incas cakap "terima kasih" lu orang tengok berderuuuuu lari pergi kat tumbprint, haha. Yang lawaknya bukan yang muda-muda tapi makcik-makcik hehe..

zaman sekolah kalau bunyi ja loceng..emmm..luorang faham-faham la kan..haha. So that why aku layan kerja kilang sebab moment-moment yang macam tu persis moment zaman sekolah & aku baru faham kenapa setelah bertahun -tahun baru urusan aku untuk masuk kerja kilang dipermudahkan. Kena masanya selepas bertahun-tahun tinggalkan alam persekolahan & baru aku tau yang aku rindukan zaman persekolahan. Kalau aku masuk time lepas habis sekolah dulu aku rasa aku takkan tulis berjela jela macam ni..hihi..

Serius, suasana kilang memang menggamit memori persekolahan. Letih tu memang letih tapi letih ni balik tido hilang letih sebab kerja operator ni banyak guna fizikal berbanding mental. Balik kerja dah tak yah fikir pasal kerja. Esok datang lagi, apa yang boleh aku cakap : "Aku akan menangis bila aku berhenti kerja kilang nanti..huhu"


Kerja Kilang
Gambar Hiasan - Google
Banyak kerja aku kerja tak sama macam "suasana" kerja kilang. Jangan tanya bab prosedure or system sebab itu adalah berbeza perspektif kalau nak bicara. Ada part yang ok ada yang tak. "SUASANA", SUASANA, SUASANA". Itu yg aku cuba terangkan dan aku mula faham kenapa setiap kali ada kilang yang tutup operasinya seluruh pekerja menangis gila-gila. Risau sebab hilang kerja mungkin but aku tersangat yakin diorang lebih sedih dengan perpisahan dengan rakan-rakan & suasana kerja itu sendiri..

Apa-apa pun bila sebut bab kerja itu bab rezeki so jangan risau, lu langkah kaki Tuhan mesti tolong punya. Sebab aku dah banyak kali buat benda-benda gamble ni. Kalau nak tauhid pasal rezeki tapi nanti-nanti aku cerita. Moga dapat sikit manfaat walaupun sikit..