"Ketika Itulah Otaknya Terburai, Saya Tadah Dengan Kedua Belah Tangan, Kenapa Bunuh Anak Saya" Luah Ibu Kesedihan..

Remaja lelaki yang berusia 15 tahun maut tidak disangka-sangka hanya kerana tindakan kurang ajar lagi biadap seorang penghuni PPR yang tergamak membuang kerusi dari tingkat atas sehingga terkena kepala remaja itu lalu maut serta merta di tempat kejadian.


Kematian remaja yang tragis itu turut menjadi bualan masyarakat netizens yang meluahkan kemarahan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut.

Menurut satu rakaman video viral dari krew Majalah Remaja, memaparkan ibu remaja tersebut yang traumatik kesedihan apabila terpaksa menyaksikan kematian anak dengan begitu kejam di hadapan matanya sendiri. 




Menceritakan detik-detik kejadian, ibu remaja malang itu, Kasthuribai A/P M.Sattayappan berkata, beliau terpaksa menadah tangan untuk memegang otak anaknya selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur dalam kejadian malam semalam.

Pada awalnya kata Kasthuribai, dia bersama mendiang anak bongsunya, Satiswaran turut ke bawah flat PPR itu kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolahnya.

Namun kad tambah yang dihajati tidak ada. Mendiang Satiswaran kemudian mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan tanpa diduga, sebuah kerusi tiba-tiba melayang dari bawah dan tepat mengenai kepala mangsa sehingga terbelah.




“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,’ katanya ketika ditemui di rumahnya dalam satu ziarah oleh YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menzahirkan rasa simpati, memetik laporan Majalah Remaja hari ini.

Ulas Kasthuribai lagi, hari ini nyawa anaknya sudah pergi. Pergi kerana kerakusan dan sikap bodoh orang lain yang mengambil mudah membaling kerusi yang sudah rosak tanpa mahu menghantarnya ke ruang sampah di bawah.

“Ini bukan soal nyawa orang India. Bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain.

“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,”
soalnya bertalu-talu.

Kasthuribai turut dilaporkan meminta YB Nurul Izzah bercakap bagi soal kematian anaknya ke pihak berwajib malah bersedia ke Parlimen untuk berkongsi penderitaannya Mac akan datang

“Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain. Anak saya menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya dalam nada tangis bertalu.


Krew media Majalah Remaja turut melaporkan dek trauma dan kesedihan berpanjangan, Kasthuribai tiba-tiba rebah sehingga mengakibatkan keadaan menjadi panik.

Dia yang dipercayai mempunyai sakit jantung rebah sebelum dipapah oleh YB Nurul Izzah yang berada di ruang berdekatan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis dilaporkan masih belum lagi membuat sebarang tangkapan terhadap individu yang bertanggungjawab dalam insiden berkenaan. Difahamkan satu analisis DNA akan dilakukan ke atas kerusi berkenaan bagi mengenalpasti suspek sebenar untuk dihadapkan ke muka pengadilan.


Dalam pada itu, MAJALAH REMAJA turut melaporkan pandangan Ketua Blok 100 Flat PPR Seri Pantai, Azaman bin Agam mengenai sikap buang sampah dari atas blok tanpa turun ke tempat pembuangan sampah.

“Soal buang barang dah jadi perkara biasa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan ini. ada yang baling tayar, rim motor, batu bata, kaca, gelas dan banyak lagi. Kejadian orang pecah kepala akibat terkena barangan dibaling sudah banyak kali berlaku. Ada menerima 16 jahitan dan lain-lain lagi.

“Biasa selaku ketua blok, saya akan berkomunikasi dengan ketua tingkat. Jika kita temui sampah diletakkan di siar kaki, kita akan buka dan tengok jika ada dokumen yang boleh kita serah kepada pejabat di DBKL di ruang bawah.

“Sudah beberapa kali saya lihat penguatkuasa DBKL pergi ke rumah mereka yang suka membaling sampah ini. Biasanya mereka akan diberi amaran dahulu sehingga beberapa kali. Kemudian lisan dan jika berterusan diusir dari rumah sewaan mereka,”
katanya, memetik laporan REMAJA


Turut difahamkan terdapat 984 buah rumah di PPR Seri Pantai dan isu buang sampah dari tingkat atas bukanlah masalah terpencil di perumahan PPR. - SoZPress.

Share this :

Previous
Next Post »