t>

Breaking News

Luahan Sebak Ibu Yang Bercerita Anaknya Tidak Pandai Akademik..

Oleh : Asnizan Abd Latip


Muhammad Ilham

11 Tahun

Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last. Usaha ibu ayah hantar ke kelas tuisyen sama dengan kakaknya pun masih sama. Tiada beza. Cuma yang berbeza adalah penerimaan ibu dan dia sahaja.

4 Tahun baru ibu redha, rezeki abang bukan dalam akademik. Setiap kali tengok result, ibu buat mata macam pontianak harum sundal malam. Pertengahan tahun hari tu, masa jumpa guru nak tengok report card, hati kau sebagai ibu berkecai. memang result itu lah setiap yang dapat. 


"Macam mana saya nak buat dengan anak saya ni cikgu"

Aku yang paling lama jumpa cikgu, sebab tiada ibu bapa lagi dah selepas aku. Ibu bapa juga double standard kan anak-anak. Mungkin diorang dah redha.

Aku tak boleh, itu anak aku. Takkan aku nak biarkan anak aku macam tu.

"Saya dah buat sehabis baik dah cikgu, apa yang kakak dia dapat dia tak dapat"

"Cikgu boleh ke saya bawak dia keluar dan masukkan ke sekolah tahfiz? sekurang-kurangnya dia dapat sesuatu dari dia tak dapat apa langsung".



Start dari saat itu, aku mula cari skolah tahfiz yang terbaik. Tanya kawan, tanya kakak. Last kakak cakap, "kau cari as-sofa."

Start la research sikit tentang As-sofa dan terus telefon. Bulan 9 ada interview. Isi borang online terus hantar. Setiap hari berdoa suapaya dipermudahkan laluan ke sekolah tersebut.

Alhamdulillah, laluan sangat mudah. Sesi interview pun diterima. Ada jugak murid yang tak diterima tapi dah rezki tertulis dia terima di As-Sofa.

Hari ini dada ibu sebak, sesak dan ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ini ibu menangis jugak, tumpah juga air mata ibu. Sepanjang perjalanan balik dari Seremban ke Kajang, airmata tak berhenti mengalir. Ayah pun sama.

Nasiblah tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yang mengalir. Bukan nak promote, tapi material tudung ini penyelamat sebagai tisu.

Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga abang boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak mampu dan tak semua ibu bapa tabah.

Allah, berikanlah anak ini terus istiqomah menjaga agama mu.

Jadikan dia anak yang soleh yg boleh membawa ayah dan ibu ke syurga.

Jadikan dia anak yang membantu seluruh keluargaku ke syurga.

1/1/2018
Tahfiz Rendah Assofa Seremban.
Ibu dan ayah.
Zulkipli dan Ainizan