Makan Ubat Kurus RM25, Kurus Tak Dapat, Sakit Yang Datang!
Oleh : Zuriyati Zakaria
Tahniah, Dengan Hanya RM25 Anda Telah Berjaya Membuatkan Diri Anda Menghampiri Maut!
Jumpa seorang pesakit yang sihat walafiat sebelum ini mengadu hampir pitam bila bangun tidur pagi tadi, jantung berdebar-debar, kebas kaki tangan muka, sejuk.
Pesakit perempuan umur 38 tahun, telah memakan sebiji ubat kurus ini selama 7 hari yang dibeli di mall dengan harga RM25 sekotak. BP 130/95 HR 110bpm dan ECG changes.
Saya terus bagitahu pesakit,nasib ada symptom datang jumpa saya. Kalau terus meninggal tak sempat kurus? Pesakit sengih seperti kerang busuk.
Info Tambahan :
Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika Syarikat (AS), menasihati pengguna daripada menggunakan produk kesihatan tersebut yang didakwa mampu mengurangkan berat badan.
Ujian makmal yang dilakukan oleh FDA mendapati produk tersebut mengandungi sibutramine. Sibutramine adalah bahan kawalan yang sudah pun dilarang daripada dipasarkan di negara itu sejak tahun 2010 lagi.
Kandungan sibutramine berbahaya buat pengguna kerana ia menyebabkan tekanan darah dan nadi meningkat. Malah ia turut mempunyai risiko yang tinggi jika pengguna mempunyai penyakit berbahaya seperti penyakit penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, arrhythmias, atau strok.
Pengambilan produk kesihatan tersebut yang mengandungi sibutramine juga mempunyai risiko tindak balas dengan produk kesihatan atau ubat-ubatan lain yang di ambil pengguna sehingga boleh membahayakan nyawa.
Dr Zuriyati Zakaria
MBChB University Of Leicester
Pegawai Perubatan bertauliah KKM
Kredit : SiakapKeli.