Muntah-Muntah, Muka Pucat, Memberontak - Walaupun Kecil, Anak-Anak Juga Boleh Stress Jika Dipaksa.
Oleh : Ida Chang
Anda percaya ke kanak-kanak juga ada stress? Ini saya mahu cerita, 2 tahun lalu Aaron dimasukkan ke wad selama 5 hari sebab selalu sakit perut sampai muntah-muntah.
Ada satu pagi tu, dia tiba-tiba muntah sampai pucat mukanya. Saya tidak jadi hantarnya ke sekolah dan terus hantarnya ke bahagian kecemasan Hospital Likas.
Selepas pemeriksaan dibuat, anak saya yang berusia 9 tahun dikatakan mengalami tekanan darah tinggi, gula tinggi, kolestrol tinggi dan hati yang sudah bengkak.
Selepas keluar dari wad, tidak cukup pemeriksaan di Hospital Likas, saya bawa pula anak saya berjumpa dengan Doktor Kissey. Apabila scan di klinik Doktor Kissey semuanya sihat, tiada sakit apa-apa pun.
Dr Kissey mengatakan, "mama anak ini tidak sakit apa pun, dia cuma stress. Apa yang mama perlu buat cuma kurangkan atau hentikan semua aktiviti yang menyebabkan dia stress".
Selepas pulang ke rumah, saya meneliti semula semua aktiviti yang Aaron lalui sepanjang minggu dan bertanyakan kepadanya apa yang dia tidak suka buat tetapi terpaksa buat atas arahan saya.
Dia menjawab, dia tidak suka pulang dari sekolah terus pergi kelas tuisyen. Dia juga tidak suka naik bas pergi ke sekolah sebab panas dan sempit, dia juga sering diejek oleh kawan-kawan sebab ambil ruang yang besar waktu duduk.
Selain itu, dia tidak suka memegang jawatan di sekolah kerana tidak sanggup melakukan tugas tersebut. Akhir sekali dia tiada masa rehat untuk diri sendiri, hanya belajar sahaja sepanjang minggu.
Mendengar luahannya, saya terus ambil keputusan untuk tidak lagi menghantar dia ke kelas tuisyen dan tidak lagi biarkan dia naik bas untuk ke sekolah malah saya menghantar dan menjemputnya setiap hari.
Syukur pada Tuhan, dia sudah tidak muntah lagi dan semua ujian darah dia pun kembali normal serta ruam kulitnya sudah sembuh.
Jadi, kepada ibu-ibu anak juga ada tekanannya ya. Bila stress banyak penyakit yang susah untuk sembuh berulang-ulang dan kadang-kadang kita ingat anak membohong kita hanya kerana tidak mahu ke sekolah. Tetapi bukan sebab itu, cuma dia stress dengan aktiviti sehariannya.