t>

Breaking News

Nak Kurus Punya Pasal, Kini Buah Pinggangnya Rosak - Pakar Kata Produk Kurus Semua Mengarut!

Buah pinggang rosak selepas telan makanan tambahan untuk menguruskan badan. Begitulah cerita yang dikongsikan oleh Puan Rafidah Abdullah yang juga popular dengan peranannya yang sering membetulkan salah faham dan tanggapan serong tentang dunia perubatan di media sosial.
Kali ini beliau berkongsikan cerita seorang pesakit yang akhirnya menderita buah pinggang kerana menelan makanan tambahan demi menguruskan badan. Badan pesakit tersebut bukan sahaja tidak kurus-kurus malahan kini buah pinggangnya rosak kerana amalan tersebut.
Suplemen kurus punya pasal; kurus tidak, buah pinggang yang rosak.
23 tahun, badan sangat obes 120kg. Beberapa bulan lalu memang didapati bocor buah pinggang semasa beliau mengandung. 


Bacaan 24 jam ujian protein dalam air Kencing adalah 5.3 gram (normal dibawah 0.3gm/24 jam). Punyalah banyak komplikasi semasa mengandung termasuk Darah Tinggi dan sebagainya.
Selepas itu, beliau hilang dari radar, macam biasa. Disyorkan oleh kawan beliau ambil produk Le****x, katanya boleh kurus.
“Elok”lah tu, masuk Hospital sesak nafas. Bacaan urea 54 (normal <8) dan creatinine lebih 2000 (normal < 100). Nak bangun pun tak boleh;  terpaksa memanggil ambulan datang secara kecemasan.
Mohon ingat :
1. Produk kurus semua itu mengarut! Tidak ada jalan singkat untuk jadi sihat. Kurangkan lah kalori, pergilah bersenam. Rasa tak susah pun. Jangan lah malas ya.
2. Kalau ada protein dalam urin mohon terus temujanji dengan Pakar, kerana ianya berisiko kerosakan buah pinggang jangka masa panjang. Perlu pantauan berkala.
3. Pesakit obes adalah berisiko juga untuk penyakit buah pinggang. Mohon jaga berat anda itu. Timbang selalu, jangan asyik makan sahaja sampai tak sedar berat dah terlebih.
Pesan saya ; nak ambil gabungan grapefruit, lemon; kononnya kaya dengan vitamin C - pergi beli sahajalah yang segar di pasar atau supermarket.
Lagi murah, yang tentunya ia selamat.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang.