t>

Breaking News

"Nasi Ciput, Paprik Sikit, F*** Kelantan!" - Lelaki Ini Mengamuk Marahkan Kelantan Kaw-Kaw ..

Gara-gara geram dengan hidangan sebuah kedai makan yang diusahakan oleh orang Kelantan, seorang lelaki meluahkan amukannya di Twitter.

Menggunakan nama Reeve Madson, individu tersebut mendakwa hidangan yang diterima sangat sedikit dan itu membuatkan dirinya berasa marah.

"Tak pernah-pernah makan dekat kedai Kelantan. Aku bagi can kali ini. Tengok-tengok nasi seciput, paprik cetek nak mampos. Fuck Kelantan you deserve all the shit you get," marahnya di Twitter.



Kicauan lelaki itu kemudiannya tular dan mendapat respon balas dari orang Kelantan yang geram kerana beranggapan tweet tersebut berunsurkan rasis dan biadap, malahan dikhabarkan pemilik kedai makan itu turut memberikan respon pada tweet tersebut. 

Namun, dakwa Reeve pemilik kedai makan itu mempertahankan tindakannya dan enggan menerima kritikan darinya.



Tweet dari Reeve itu kemudiannya menjadi 'modal' oleh netizens yang geram dengan sikap sesetengah orang Kelantan, untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka tentang perangai orang Kelantan terhadap orang luar.


Peniaga Kelantan juga dakwanya mengamalkan diskriminasi harga pada orang Kelantan dan orang bukan Kelantan.

"Sebenarnya aku tau the actual reason kenapa takde sorang pun orang kelantan dalam mention aku yang setuju servis restoran kelantan level sampah. 

Korang pernah ke nampak peniaga Kelantan bagi layanan buruk dekat pelanggan Kelantan? Selalu aku tengok diorang dapat lebih harga murah," kata Reeve lagi. 


Bagaimanapun Reeve turut menafikan yang beliau menyerang semua orang Kelantan dengan kicauannya itu.

Katanya, kemarahan itu datang kerana dirinya sangat lapar ketika itu tambahan pula ramai netizens Kelantan seperti mempertahankan pekedai tersebut yang membuatkan beliau merasakan perlu menyerang balas bagi mempertahankan kenyataan awalnya itu.

"Jujur cakap, aku bukannya nak attack semua orang kelantan. Semalam aku lapar gila babi, datang dengan niat baik nak tolong ekonomi orang melayu, last-last portion macam happy meal. 

Tu okay lagi, pastu beratus-ratus orang Kelantan attack aku non-stop. Memang aku serang balik la," katanya. - SoZPress.