t>

Breaking News

Sampai Sampai Nasib Kau Jadi Macam Qorun, Syadad Dan Firaun, Alif Syukri..

Oleh : Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin
NASIHAT KASIH KEPADA DATO SERI ALIFF SYUKRI....
Assalamualaikum Wrbkth.
Kepada Ybhg Dato Seri, saya adalah salah seorang daripada Saudara Seagama Dato Seri di bumi Malaysia. Alhamdulillah saya seorang yang amat mengkagumi cara Dato Seri di dalam menjana ekonomi dalam bidang perniagaan..

Syukur sangat-sangat kerana Allah Swt mengangkat Dato Seri dan perniagaan Dato Seri sehingga Dato Seri tersenarai debagai Usahawan Muda yang berjaya. Saya bangga dan bersyukur diatas kejayaan Dato Seri. Cuma Dato Seri, saya mohon jasa baik Dato Seri, jikalaulah hendak berkongsi kejayaan Dato Seri melalui "Live Video", jagalah sempadanya..
Tidak salah untuk berkongsi kejayaan kita cuma cara itu kadang-kadang mengguris hati saudara seislam yang lain. Video Dato Seri sedang menggira duit yang difahamkan 500k baru-baru ini, banyak mendapat tohmahan dan komen-komen negatif daripada netizen-netizen. Saya harap sangat selepas ini Dato Seri boleh berkongsi perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada ummah dan agama..
Jikalau Dato Seri biasa mendengar nama dan gelaran seperti Qorun, Syadad Dan Firaun. Mereka ini adalah diantara orang kaya yang Allah binasakan. Saya memohon Allah jauhkan Dato Seri daripada musibah tersebut. Saya mohon maaf seandainya posting saya ini kurang adabnya.

Hanya ini sahaja saluran yang saya ada untuk menyampaikan nasihat ini kepada Dato Seri. Sebab diantara kita tiada cara untuk berhubung. Nasihat ini pun dibuat selepas saya menunggu tokoh-tokoh agamawan yang lain dahulu memulakanya, tetapi sayang, belum ada yang melakukanya, akhirnya saya terpaksa juga mengalasnya..
Demi Allah nasihat ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, bukan nak menumpang populariti ke Apa. Tetapi nasihat ini saya buat kerana kasih dan sayang kepada Dato Seri. Kerana saya takut doa orang ramai yang menyampah dan meluat kepada Dato Seri ini didengar oleh Allah dan akhirnya Dato Seri yang menerima padahnya..
Saya juga tidak menafikan kebaikan yang banyak dilakukan oleh Dato Seri yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat..
Tetapi satu amalan Dato Seri itu sahaja yang Aamat saya harapkan dapat di ubah. Di antara sabdaan Nabi Saw :
 "Tidak Akan Masuk Kedalam Syurga Mereka Yang Ada Sebesar Zarah Perasaan Takabur".
Saya hanya hendak melihat Dato Seri memiliki mahligai yang indah di dunia dan mahligai yang indah juga didalam syurga. Mohon maaf andai posting ini menggangu emosi Dato Seri..
Ikhlas Dari Saudaramu...
Ahmad Husam...