Tahun Ini Saya Pasti Berjaya Berhenti Merokok & Ini Adalah Tips-Tips Berhenti Merokok..
Oleh : MohdRedzuan AbuBakar
Tahun 2018 ni ramai aku tengok post kawan-kawan yang nak stop smoking. Ada juga yang tanya atau call aku direct macam mana aku stop smoking.
So, kali ni aku merajinkan diri untuk share cara/tips aku berhenti merokok 8 tahun lepas.
Ini adalah bebenang (bak kat bebudak twitter);
1. Nekad dan kentalkan hati beli cuma sekotak rokok kegemaran anda yang terakhir dan mulakan 'perang' untuk berhenti merokok bermula hari isnin/hari bekerja.
2. Isnin hingga jumaat cuma hisap 3 batang rokok sahaja. 2 batang bawa ke ofis dan sebatang di rumah. Di ofis hisap selepas minum pagi dan lepas lunch. Di rumah, lepas makan malam. Ingat, cuma bawa 2 batang je ke ofis. Kalau bawa sekotak, jangan harap boleh kurangkan merokok tu.
3. 3 hari sebatang, so isnin-jumaat dah habis 15 batang rokok dalam kotak terakhir yang dibeli tu. Sabtu dan ahad cuba duduk rumah je dan kurangkan lagi merokok ke 2 batang je. Selepas breakfast dan dinner. Atau lunch dan dinner. 15 + 4 = 19 batang. So, tinggal la sebatang yang terakhir dalam kotak.
4. Ok, tinggal sebatang ni hati kena kuat, disiplin kena tinggi, motivasi kena kukuh. Jangan sesekali beli lagi sekotak rokok yang terakhir. Penyudahnya berkali-kali la kotak terakhir tu lahir semula dan akan berakhir la niat nak berhenti merokok tu. Yang sebatang ni bawa ke ofis hari isnin minggu kedua.
5. Masuk minggu kedua fasa 'me and abang aceh, we bro'. Sebab apa? Ni fasa korang cuma beli rokok batang je. Macam aku dulu beli rokok batang di kedai aceh. Sebatang beli masa pagi nak pergi kerja dan sebatang lagi masa petang balik dari kerja. Hari-hari buat macam ni, berlarutan selama seminggu. Tu yang jadi 'bro' dengan abang aceh tu.
6. Sedar tak sedar, dah 2 minggu anda last beli rokok kotak dan dah 2 minggu anda kurang merokok. Bangga tak dengan diri sendiri? Rasa rugi tak kalau anda sia-sia kan perang nafsu sangap rokok ni?
7. Masuk minggu ketiga, anda cuba kurangkan lagi kuantiti rokok tu. Sehari sebatang je. Kalau macam aku dulu, aku cuma hisap sebatang je lepas makan malam. Within office hour aku tak merokok langsung. Jangan sesekali ungkap susah. Aku dulu pun majoriti officemate perokok dan aku kerja di bilik equipment/server yang memang sejuk nak mam***. Ko ingat senang? Tapi apa salah susah kejap kan?
8. Praktik kan sebatang sehari ni untuk lagi 2 minggu. So, total dah sebulan anda last beli rokok kotak. Dah sebulan anda kurang merokok. Power tak? jangan cakap tak power la. Sebulan dah tau. Perokok je tau macam mana rasa power tu. Rasa macam jalan di red carpet pimpin tangan dengan scarlett johansson beb..
9. Dah sebulan kuantiti rokok dah dikurangkan. Masa fasa sebatang sehari tu pun anda akan rasa lain kat rokok. Dah rasa tak berapa sedap macam biasa. Hisap pun macam payau-payau, pening-pening, dah tak feel sangat merokok macam sebelum-sebelum ni.
10. So, masuk bulan kedua anda nekad tiada lagi rokok. Tak perlu dah beli rokok batang kedai aceh. Anda maintain dan tahan hidup tanpa rokok. Time ni pun member dah mula respek dengan kau. Dah mula bagi semangat kat kau. So, just keep it up guys.
11. Percaya la. Bila dah masuk bulan kedua, betul-betul dah hidup tanpa rokok walaupun seteng/pareng. Anda sendiri akan rasa yang bau rokok tu busuk. Hidung anda mula rasa tak selesa dengan bau rokok. Tak percaya? Aku dah lalui. Ni pengalaman aku walaupun aku mula merokok dari umur 12 tahun dan berhenti masa umur 24 tahun.
12. Fasa selepas 2 bulan anda dah tak perlu fikir pasal rokok dah. Buang jauh-jauh. Anggap diri memang tak pernah merokok. Kawan bagi ke, sedara payung ke, tolak gentle. 'Sorry wei, aku dah tak merokok'. Ayat ni la yang akan menguatkan lagi hati anda. Anda akan rasa aura lain macam bila sebut ayat ni. Percaya la.. U gonna feel it when u say it.
13. Fasa untuk berhenti merokok ni paling susah, paling seksa, paling kena kuat kan hati adalah 2 minggu pertama je. Masa tu la anda kena betul-betul disiplin. Betul-betul kena jaga. Betul-betul kena sehabis baik. Anda kena kurangkan aktiviti luar atau aktiviti bersama kawan-kawan yang merokok. Jangan nanti salahkan kawan-kawan sebab kawan-kawan merokok depan anda. Kalau anda betul-betul nak berhenti, anda mesti boleh korbankan sikit masa tu. Sebab apa yang anda buat, buat untuk kebaikan diri sendiri dulu baru fikir orang lain.
14. Selain dari tu anda cari point utama yang motivate atau sebagai pendorong yang kuat untuk anda berhenti. Maybe sebab keluarga, anak-anak, isteri, atau kewangan. Pendorong ni la yang akan jadikan anda tak akan sia-sia kan apa yang anda buat dan jadikan anda lebih kuat.
15. Masa mula-mula berhenti merokok dulu, ada juga member-member tanya aku, 'kau dah berhenti ni takde ke sikit pun rasa nak merokok balik'? Serius bro, rasa tu memang akan ada. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri. Aku berpegang dengan kata-kata ni,
" Andaikata benar disisi Allah yang rokok itu adalah haram, macam mana keadaan kamu jika kamu mati sebagai seorang perokok"? - Wallahualam -
Inilah kata-kata yang betul² terkesan pada aku. Kata-kata yang jadi peringatan pada aku hingga sekarang supaya aku tidak merokok semula.
* Percaya la berhenti merokok ni bukan mudah. Aku dulu perokok tegar. Duit ada dan masih bujang, kerja pula di bilik server, aku hisap rokok 2 kotak sehari. Pagi sekotak, petang balik kerja beli lagi sekotak. Orang lain takkan boleh paksa anda berhenti merokok. Pokok pangkal ada hati yang betul-betul nak berhenti merokok. Aku dulu pun beribu kali cobaan demi cobaan. Pakai patch nikotin kat bahu la, makan chewing gum, makan ubat la tapi sebab takde hati yang betul-betul nak berhenti, tak jadi jugak. Yang penting hati dan usaha.
Aku cuma share cara/tips macam mana aku berhenti. Dan aku berjaya. Alhamdulillah.
Moga ada manfaat pada semua.
Insyaallah.