t>

Breaking News

Bahaya Jika Tidur Dalam Kereta Yang Terpasang Aircond.

Oleh : Maslaily Lijong

Saya baru mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia 3 hari lepas.  Ini sekadar berkongsi ilmu;

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen makin berkurang.




(3) Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tidak bangun & tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tidak sedarkan diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah tidak dapat dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian


(5) Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tidak salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.