t>

Breaking News

BRIM Fasa 1 2018 Keluar Isnin Ini.

Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh mula memeriksa akaun mereka mulai Isnin ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran itu dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan dianggarkan RM6.3 billion.


 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M di Pekan, dekat sini esok. Sehari selepas itu, para penerima boleh memeriksa bayaran yang dibuat menerusi akaun mereka,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menter berkata, kira-kira tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberian kerajaan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 pada tahun ini.

Sumber: Utusan Online