t>

Breaking News

Sebab-Sebab Kegagalan Filem #Badang Yang Anda Mesti Tahu!

Penulis buku, penceramah motivasi dan juga penasihat undang-undang Mufarwa Farid tampil memperjelaskan beberapa perkara mengenai kenapa ramai pihak mengkritik filem #Badang.
Menurut individu itu yang juga terkenal di laman sosial, beliau berkata antara yang membuatkan filem Badang gagal ialah pemilihan hero.
Malahan katanya lagi, marketing dan poster filem ini berada di tahap yang sangat tidak mengancam.
Baca luahannya seperti dibawah ini;
Orang bukan tak suka cerita Badang, tapi orang tak suka Aliff Syukri. Bukan setakat tidak ada ciri-ciri superhero, malah bakat lakonan dia sahaja buat kita rasa sakit hati nak tengok filem tu.
Gambar - Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Di Hollywood, orang ramai enggan menonton filem Batman v Superman sebab mereka tak suka pengarah filem itu dan orang tak suka Ben Affleck menjadi Batman.
Disebabkan dua faktor ini, filem Batman vs Superman mendapat kutipan tiket yang teruk, malah di'anugerah'kan Filem Paling Teruk Hollywood 2016 dalam festival anugerah Razzie Awards tahun lepas.
Ben Affleck tau! Bukannya pelakon biasa-biasa. Aktor berbadan sasa, tinggi lampai, berbadan 'bulky', berwajah kacak, ada ilmu martial arts, namun ditolak oleh segelintir peminat Batman kerana merasakan dia tidak ada karisma sebagai seorang Bruce Wayne.
Kau bayangkan lah, kalau si Affleck yang ada figure super-hero ni pun orang tolak, apatah lagi kalau Aliff Syukri yang berbadan kurus keding, bersuara lembut, dan takda ilmu martial arts jadi super-hero.
Filem Badang ni gagal. Pemilihan hero lah yang paling buatkan filem ni gagal.
Kedua, tema filem yang bersifat humour, yang tak berapa kena dengan mood penonton yang ada pilihan filem super-hero yang lebih berkualiti seperti Black Panther.
Ketiga, marketing yang tak seberapa. Poster buruk, trailer tak mengancam, takda promosi menarik dalam masa sebulan sebelum tayangan.
Sepanjang marketing dijalankan melalui trailer, entah berapa ramai orang mentertawakan trailer filem ni, dan itu sahaja dah nampak masa depan filem ini.
Dulu filem Ola Bola setahun buat marketing. Buat teaser trailer, buat trailer, buat poster lawa-lawa lepas tu post kat Facebook, promote kat radio dan sebagainya. Berpusu-pusu orang tengok, dan semua memuji filem tu.
Kalau betul nak buat filem ni boom, watak utama yang pegang Badang tu, wajib memilih pelakon yang betul-betul layak. Sangat ramai artis lelaki yang boleh pegang watak ni. Betto, Aliff Sattar, Shahizey Sam, Mufarwa, Zul Ariffin, Fattah Amin dan sebagainya.
Semua yang aku sebut ni ada figure untok menjadi seorang super-hero.
Kalau betul Aliff Syukri ni nak berlakon sangat, watak yang paling sesuai untok dia adalah watak villain. Dia nampak sesuai untok memegang watak penjahat utama dalam filem ini.
Tak perlu pandai berlawan pun untok jadi villain. Aliff Syukri boleh jadi villain ala-ala Valentine dalam filem Kingsman. Dia juga boleh tiru villain psiko macam The Riddler dalam filem Batman Forever.
Tengok,kita sendiri pun boleh bayangkan watak Aliff Syukri ni kalau dia pegang watak penjahat. Tapi, tak terlintas dalam kepala otak kita yang dia akan pegang watak super-hero, kan?
Tapi tu lah masalahnya. Dia ni (dan produser) terlalu mengejar populariti sampaikan watak super-hero pun dia kebas, walaupun dia tak mampu bawak. Nak popular sangat, sampai sanggup perjudikan masa depan filem sendiri.
Hey, siapa kata villain super-hero tak popular? Joker dalam Dark Knight, Hela dalam Thor Ragnarok, Magneto dalam X-Men, Dark Vader dalam Star Wars semuanya figura yang pegang watak jahat, tapi jadi lebih popular berbanding watak utama dalam filem tersebut.
Sedihlah peluang untok hasilkan filem super-hero yang bagus disia-siakan begitu sahaja. Kalau betul nak buat, buat lah betul-betul. Super-hero komedi pun, hasilkan dengan serius. Ini, dah jadi bahan lawak pulak. Sia-sia punya kerja.
Dulu kita boleh berbangga sikitlah dengan Cicak-Man, tapi itulah, itu 12 tahun yang dulu. Dan dalam tempoh 12 tahun tu, Marvel dah hasilkan beratus-ratus filem dan drama super-hero mereka.
Dan kita, buat satu filem super-hero pun bangang.