t>

Breaking News

Kronologi Pergaduhan Yusof PPIM VS 4 Bekas Kakitangan.

Artikel ini bukan bertujuan untuk menyebelahi mana-mana kumpulan yang sedang bertelagah sebaliknya hanya memberikan input tentang kronologi babak-babak pergaduhan antara kumpulan-kumpulan yang terlibat.

Pada 8 Mac 2018, portal Malaysia Gazette melaporkan salah seorang mangsa Ah Long yang dikenali dengan nama Kak Zaiton telah membuat pendedahan bahawa dirinya ditipu oleh PPIM dalam kes penyelesaian hutang pinjaman dengan 64 orang Ah Long.

Menurut Kak Zaiton;

- PPIM telah menerima wang sebanyak rm250,000 dari dirinya untuk menyelesaikan hutang Ah Long. Bayaran sebanyak rm250,000 itu dilakukan secara empat kali sejak Disember 2017.

- Bagaimanapun hanya 90,000 sahaja yang digunakan untuk membayar tuntutan Ah Long. Itupun selepas menemui bukti transaksi pembayaran perbankan oleh pihak PPIM kepada Ah Long. 

- Selepas menyedari hanya 90,000 sahaja yang dibayar, Kak Zaiton bertindak menuntut kembali rm160,000 yang telah dibayar kepada PPIM. 

- Sebelum ini desakan pernah dibuat oleh Kak Zaiton ke atas PPIM. Iaitu meminta bukti resit bayaran kepada pihak Ah Long namun alasan yang diberikan ialah bayaran dilakukan secara manual dan runner (cash).

- Menurut Kak Zaiton keseluruhan jumlah hutangnya pada 64 Ah Long mencecah RM350,000 banyaknya. Tuntutan semula rm160,000 adalah untuk membayar hutang Ah Long.

- Aduan kepada pihak polis dan wakil media dibuat kerana perbincangan dengan PPIM tidak menemukan penyelesaian dan dalam masa yang sama Kak Zaiton tetap digangu oleh Ah Long yang mendesak beliau membayar hutang tertunggak.

Laporan polis oleh Kak Zaiton juga viral di laman sosial


Jawapan Yusof Azmi PPIM

Mengulas dakwaan tersebut, dalam satu perjumpaan dengan wakil media selepas Yusof Azmi membuat laporan polis pada 12 Mac, beliau ada menjelaskan isu hutang Kak Zaiton (tanpa menyebutkan nama) kepada 64 Ah Long mencecah jutaan ringgit.

Peguam Yusof Azmi turut memberitahu bahawanya satu perjumpaan telah diadakan diantara peguam Kak Zaiton dan Kak Zaiton dengan wakil PPIM tetapi kedua-dua mereka tidak hadir ke perjumpaan tersebut tanpa sebab-sebab yang diperjelaskan.

Pada 8 Mac lepas juga, Yusof Azmi ada mengakui kepada wakil media bahawanya 40 dari 64 Ah Long yang dihutang oleh Kak Zaiton telah diselesaikan.

Menurut Yusof Azmi lagi, adalah menjadi kebiasaan PPIM untuk bermain tarik tali dengan pihak Ah Long dalam soal menyelesaikan hutang supaya dapat mengurangkan jumlah bayaran yang perlu dibuat. 

Untuk rekod, laporan polis yang dibuat oleh Yusof Azmi pada 12 Mac ialah berkenaan riot yang berlaku di Pejabat Villa Puteri, unsur sabotaj, dan kehilangan dokumen syarikat yang rahsia.

Dalam sidang media tersebut secara ringkasnya Yusof Azmi menjelaskan;

1. Terdapat unsur sabotaj, khianat dan konspirasi yang mungkin bertujuan untuk menjatuhkan maruah dirinya dan PPIM.

2. Perancangan konspirasi telah berlaku selama 2 bulan. Ini sejajar dengan kemasukan salah seorang dari empat bekas pekerja yang menfitnahnya.

3. CCTV syarikat telah dipotong dan data di dalam CCTV juga telah dipadamkan bagaimanapun PPIM telah berjaya mendapatkan semula kesemua data-data (rakaman) tersebut yang akan berperanan sebagai bukti.

4. Salah seorang dari 4 bekas pekerja yang membuat kenyataan media bagi menjatuhkan PPIM ialah WANTED dan pengadu (dipercayai Kak Zaiton) juga adalah WANTED.

5. Jumlah sebenar hutang ialah rm1 juta tetapi pengadu hanya perlu membayar rm300k, bagaimanapun PPIM kini digelak oleh Ah Long dan dibayangkan makan duit.

6. Ada bekas kakitangan PPIM yang mengambil duit secara tunai dari GUARD, dari pengadu, sedangkan perkara itu salah. Semua urusan berkaitan duit haruslah menggunakan akaun syarikat.

7. Yusof Azmi juga tidak teragak-agak akan menyaman 4 orang bekas pekerjanya yang didakwanya telah melakukan fitnah.

8. 6 nombor telefon telah diberikan kepada 4 kakitangannya, tiga berjaya diambil balik dan didalamnya terdapat banyak bukti berkaitan mengambil wang diluar syarikat dan banyak lagi perbualan yang boleh dijadikan bukti.

9. Menurut Yusof Azmi, satu dari 4 bekas pekerja yang menfitnahnya ialah kawan kepada adiknya.

10. Yusof Azmi turut menyatakan selepas tersebarnya CCTV yang mendedahkan rakaman 'membawa lari' dokumen syarikat, kesemua mereka telah takut dan mula membuat cerita yang bukan-bukan, yang mana beliau langsung tak faham tentangnya.

11. Yusof Azmi turut menjelaskan cerita tentang RM250,000 adalah cerita karut dan rekaan semata-mata.

12. Menurut Yusof Azmi, kes Kak Zaiton dengan Ah Long masih berjalan, kerana sepatutnya kesemua hutang yang dijelaskan pada kesemua 64 Ah Long ialah sebanyak rm385,000.

13. Peguam Yusof Azmi turut menjelaskan, Puan Zaiton tidak sepatutnya membawa sehingga 30 orang masuk pejabat PPIM dan menendang-nendang sedangkan PPIM bersedia untuk menamatkan kontrak secara baik.

14. Puan Zaiton dianjurkan untuk menyediakan 'termination letter' (surat penamatan khidmat) andai mahu membatalkan kontrak yang ditanda-tangan bersama PPIM sebelum ini bagi menyelesaikan hutang Ah Long.

15. Untuk rekod, Puan Zaiton tidak berurusan dengan Yusof Azmi dalam isu menyelesaikan hutang sebaliknya berurusan dengan salah seorang kakitangan yang bekerja di syarikat Yusof Azmi.

16. Yusof Azmi turut menyatakan kekesalan kerana salah seorang bekas pekerja yang menfitnahnya ialah seseorang yang dia anggap sahabat baik. Malahan ada yang dibantunya untuk datang dari kampung berpindah ke Kuala Lumpur, dengan pihaknya mengumpul derma sehingga rm25,000 bagi memulakan hidup baru di Kuala Lumpur.

17. Dalam sidang media itu juga, Yusof Azmi menjelaskan tindakan meletakkan ayam mati di depan rumah seseorang ialah tindakan bagi menakutkan Ah Long.




Pada 10 Mac 2018, seorang individu yang dikenali dengan nama Sam Kambali telah memuatkan dua perkara berkaitan Yusof Azmi PPIM di facebooknya.



Perkara pertama ialah rakaman telefon yang mana suara dipercayai Yusof Azmi yang sedang memaksa kakitangannya meletakkan ayam mati di depan pintu rumah seseorang.

Perkara kedua ialah gambar screenshot yang memaparkan arahan seseorang yang dipercayai Yusof Azmi ke atas Alif untuk meletakkan ayam mati di depan pintu rumah seseorang.

Menurut penyebaran di laman sosial, mangsa yang diletakkan ayam mati di depan pintu rumahnya ialah agen hartanah dan tiada kaitan dengan Ah Long.



Salah seorang bekas pekerja yang didakwa telah menfitnah Yusof Azmi dikenali dengan nama Dato Paroi di laman Facebook. Perkara itu didedahkan oleh netizens dan disebabkan itu Dato Paroi telah menjadi sasaran kemarahan penyokong Yusof Azmi di laman sosial.

Dato Paroi kemudiannya membuat penjelasan dan berkongsikan satu gambar screenshot.



Group Anti Ponzi turut memasuki gelanggang apabila mempertikaikan kesemua sebaran rakaman CCTV yang dilakukan oleh pihak Yusof Azmi.

Bawa lari dokumen tetapi kenapa tidak cemas?


Kenapa tak kejar lepas nampak bekas kakitangan bawa keluar dokumen? Hanya buka lari, apa yang masalahnya? Wajahnya pun tidak kelihatan..



Pejabat tengah proses pindah memanglah dipotong!



Terdapat juga pihak yang melakukan serangan peribadi ke atas Iman Azmi iaitu adik kepada Yusof Azmi.


Semalam, sidang media dari empat bekas pekerja yang didakwa menfitnah Yusof Azmi PPIM tampil membuat penjelasan.

Saya bukan individu yang dihantar untuk membuat sabotaj


Syed Alwi Al Hadad menafikan ada niat untuk melakukan sebarang sabotaj bagi menjatuhkan imej Yusof Azmi dan PPIM. Syed Alwi turut menjelaskan yang beliau bekerja dibawah S1M = Semboyan 1 Malaysia.

Kami turut difahamkan beberapa pengadu akan tampil ke peringkat perundangan bagi menuntut pembelaan ke atas apa yang dilakukan oleh syarikat Yusof Azmi ke atas pengadu.

Ini bukan perjuangan tapi penindasan


Mohd Aliff tampil ke hadapan kerana enggan bersubahat dengan syarikat Yusof Azmi dalam menindas hak pengadu yang bermasalah dengan hutang Ah Long.

Alif berkata, syarikat lantikan PPIM telah menekan pengadu untuk membuat bayaran kepada syarikat sebagai ejen tengah menyelesaikan masalah hutang. Bagaimanapun selepas bayaran dibuat, bayaran tersebut tidak dibuat kepada Ah Long dan Ah Long terus menerus menekan pengadu dan ini menimbulkan masalah.

Menurut Aliff lagi, beliau berperanan untuk mendesak pengadu membuat pembayaran jika pengadu tidak melakukan sebarang pembayaran dalam masa sebulan fail kes akan ditutup. Ini menurutnya bukanlah perjuangan sebaliknya merupakan satu penindasan.

Iman asyik minta duit



Menurut Muhammad Fadhrul Yusoff dengan jumlah sebanyak rm260,000 boleh menyelesaikan kesemua hutang Kak Zaiton terhadap 64 Ah Long. Dan beliau juga sebenarnya tidak bertanggungjawab dalam mendedahkan hal ini kepada pihak media atau pihak luar walaupun dibayangkan dan dituduh begitu.

Pengadu kemudiannya bertindak melakukan siasatan sendiri apabila membuat semakan dengan setiap Ah Long dan masing-masing menyatakan jumlah tuntutan masing-masing kepada pengadu dan selepas dijumlahkan didapati rm260,000 mampu membayar kesemua 64 Ah Long yang terlibat, jumlah yang telah pun dibayarkan kepada syarikat Yusof Azmi sebelum ini.

Bagaimanapun Iman yang dipercayai adik kepada Yusof Azmi, asyik mendesak dan meminta wang daripada Kak Zaiton. Antaranya tambahan sebanyak rm120,000. 

Perkara itu juga dikatakan sebagai punca utama terjadinya segala konflik yang sedang berlaku ketika ini. - SoZPress.



https://www.facebook.com/fadhrul.yusoff

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/03/08/sudah-bagi-rm250000-tapi-ppim-bayar-ah-long-rm90000-sahaja/

https://www.facebook.com/groups/PonziSchemeMalaysia/permalink/1505253066269894/

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/03/09/ppim-siasat-aduan-kehilangan-rm160000/