t>

Breaking News

Hentikan Kekerasan Terhadap Anggota Perkhidmatan Kesihatan.

Kenyataan Media

HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM


Video yang viral ini jelas menunjukkan Warga KKM sentiasa terdedah dengan satu bentuk kekasaran semasa menjalankan tugas. Ia memberi tekanan mental dan psikologi serta trauma kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan baik. Pujian wajar diberikan kepada jururawat ini yang begitu profesional dan berhemah melayan kerenah pihak tersebut walaupun diancam dengan kata kata yang keterlaluan.



Pihak tersebut juga telah merakamkan konfrontasi tersebut dan menyebarkan di media sosial dengan tujuan untuk memalukan anggota dan mempersoalkan reputasi pihak pengurusan hospital.

Insiden yang berlaku di Hospital Pulau Langkawi tersebut difahamkan terjadi kerana pesakit dan keluarga kurang berpuas hati kerana Doktor Pakar Perbidanan masih tidak hadir setelah sekian lama menunggu. Sedangkan dalam masa yang sama, Doktor Pakar sedang memerah keringat di dewan pembedahan untuk menyelamatkan NYAWA pesakit yang mengalami pendarahan.


Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia