Intergriti, Itulah Resepi Kejayaan, Jika Tak Ubah Jangan Mimpi Nak Negara Maju - Khairul Abdullah.

Oleh : Khairul Abdullah
 

INTEGRITI.

1. Kat traffic light jam 2 pagi, lampu merah, kereta lain takde langsung, cuma kau saja. Namun kau tunggu sampai hijau baru kau jalan. Itu integriti, bukan bodoh yer tuan-tuan. Integriti.

2. Kat pejabat boss tak ada. Kau tetap kerja macam biasa, tak main telefon tak mengular ke shopping complex atau tak keluar minum sampai 6 kali. Itu integriti.




3. Kat restoran ikan bakar sedap, kau bawak keluarga makan besar. Waktu bayar kau mintak resit tapi kau tak balik claim kat opis kononnya kau bawak klien pergi makan. Itu integriti.

4. Kat kedai tomyam, waktu nak gerak balik kau teringat yang tadi kau lupa bagitau yang kau ada makan telur dadar waktu tokey tu kira. Kau masuk balik dan bayar. Itu integriti.

5. Kat pantri opis, kawan kau cerita masalah besar rumahtangga dia dan dia suruh kau rahsiakan. Balik rumah kau langsung tak membawang kat laki kau walaupun kau rasa menggeletis sangat nak cerita. Itu integriti.

6. Kat stesen minyak, cashier bagi kau baki terlebih, langsung kau pulangkan balik pada dia duit tersebut bersama senyuman paling menawan. Itu integriti.

7. Kat pasar malam, kau meniaga buah. Semua buah yang tak elok kau tak jual dan alat timbang kau pun memang tepat, takde ejas-ejas punya. Itu integriti.

8. Kat tepi jalan, kau meniaga nasi lemak sedap. Bila pelanggan minta tambah nasi atau sambal maka kau pun kenakan caj lebih. Namun bila pelanggan minta kurang sambal, taknak timun, taknak kacang, taknak telur rebus maka kau pun kurangkan juga harganya. Itu integriti

9. Kat rumah, semua alatulis kau dan anak-anak kau memang kau sendiri beli. Kau tak rembat pun kertas A4, pen, pensil, stapler, paperclip dan sebagainya dari opis. Itu integriti.

10. Kat rumah, bini kau nak pinjam laptop untuk layan drama Korea atau shopping kat Lazada pun kau tak bagi sebab laptop tu opis yang punya. Itu integriti yang power gila.

11. Kat pejabat awam, kontraktor datang nak bagi kau hadiah best sebab kau tolong bawak fail permohonan dia jumpa boss dan lulus cepat pulak tu. Kau menolak, kau kata yang itu memang kerja kau. Itu integriti.

12. Kat pejabat majlis bandaraya, ada orang awam nak jumpa kau untuk selesaikan masalah dalam pukul 3 nanti. Jam 3 tepat kau munculkan diri dan berjumpa dengannya. Itu integriti

13. Kat atas katil, kau masih bermalas-malasan dan bila member kau telefon tanya kat mana dah sebab dia dah sampai. Kau boleh jer jawab "on the way" tapi kau cakap aku belum mandi lagi. Itu integriti, walaupun member kau akan berbulu dan kau juga hilang integriti sebab tak tepati masa.

14. Kat kedai mamak, kau ada janji nak berjumpa kawan kau pukul 10 malam. Tepat pukul 10 kau dah duduk siap order teh tarik. Itu integriti. Namun kawan kau tu setengah jam lepas tu baru dia sampai. Itu janji melayu.

15. Kat parking, kau terhegeh-hegeh nak masuk sampai terlanggar dan tercalar kereta orang. Kau boleh jer gerak pergi cari parking lain dan buat bodo jer namun kau tinggalkan notis kat cermin kereta tu dan bagitau dia kau yang langgar sampai bercalar. Itu integriti

16. Kat dalam komuter, kau korek hidung namun kau tak jentik atau calit hasilnya kat bawah tempat duduk walaupun orang tak nampak. Dah ler takde tisu, namun kau dan jari kau terus gigih bertahan bersamanya. Itulah integriti.

17. Kat 7-E depan petak parking OKU dan kau nak berhenti sekejap jer beli topup. Petak tu jer kosong pun namun kau pergi parking jauh dan berjalan kaki ke kedai sebab taknak ambik hak orang. Itu integriti.

18. Kat rumah bila bapak kau tanya kenapa kau balik lewat malam sangat. Kau serba salah nak jawab takut kena marah. Namun kau beranikan diri dan jawab juga yang kau pergi karok (karaoke) dengan boyfriend. Itu integriti. Namun memang lepas tu kau kena marah kaw-kaw.

19. Kat dalam lif tetiba semua orang bau busuk ya amat. Kau dengan muka serba salah senyum bila orang pusing tengok kau bagi menandakan yang itu kau punya angkara. Itu integriti.

20. Kat pasaraya, kau berniat nak letak kobis yang kau tak jadi beli tu di rak pampers depan kau tapi tak sanggup. Kau dengan gigihnya patah balik ke bahagian sayur dan letak balik di tempat asalnya. Itu integriti.

21. Kat pasaraya juga, kau tolak balik troli dan letak di tempat yang disediakan. Takdelah kau tinggalkan troli tu belakang kereta orang atau kat atas laluan pejalan kaki yang menghalang dan menyusahkan orang. Itu integriti.

22. Kat bengkel kereta, kau repair kereta pelanggan. Bila siap kau cakap kat pelanggan yang kau tak caj spareparts sebab kau repair jer parts tu dan tak perlu tukar spareparts baru pun. Itu integriti

23. Kat kerusi empuk di Putrajaya, kau dilantik jadi menteri yang sedap jugak lah. Dapat selalu pergi oversea dan ke sana ke mari. Namun kau tak nak diorang bagi presidential suite kat kau, tak nak makan mewah-mewah dan belanja berlebih-lebihan. Kau tengok "paid tv" pun kau tak caj kat kerajaan. Itu integriti

24. Kat oversea juga, kau menteri "power" yang kena outstation, namun kau tak angkut bawak sekali makhluk tak berkaitan seperti bini, tukang kipas atau tukang lap peluh contohnya sampaikan pejabat atau kedutaan di luar negara jenuh nak ejas bilik hotel, makan minum dan segala persiapan tambahan untuk menyambut kau dan kaum kau tu. Itu integriti.

25. Kat dalam negara, kau menteri yang "power" jugaklah. Kerja kau luluskan projek-projek namun ianya tidak membuatkan kau tiba-tiba kaya dan ada duit berkepuk-kepuk manakala bini kau ada beg mahal gila babi dan anak kau pula bawak Ferarri, sedangkan kau bukannya asal orang kaya dan kau takde meniaga apa pun.

Itulah integriti.

Sekian.

KHAIRUL ABDULLAH

Share this :

Previous
Next Post »